Anda mungkin tidak pernah mendengar nama Lesie Brown tetapi di Amerika Syarikat, beliau dikenali sebagai individu yang tertua kerana telah hidup sehingga usianya mencecah 114 tahun!

Menurut keluarga mendiang Lesie, salah satu punca yang dipercayai menyebabkan Lesie panjang umur adalah kerana mendiang sangat gemar memakan ubi keledek. Dimaklumkan sebelum berusia 111 tahun, hampir setiap hari Lesie akan menikmati ubi keledek sebagai sajian hariannya. Ubi keledek sememangnya hidangan yang sihat dan berkhasiat.

Shutterstock

Untuk pengetahuan anda, ubi keledek sememangnya dianggap sebagai ‘makanan panjang umur’ sejak zaman purba.

Pengamal perubatan Cina turut percaya bahawa ubi keledek mempunyai rasa yang manis dan bagus untuk organ dalaman seperti limpa dan buah pinggang. Pengambilan ubi keledek bukan sahaja mampu membekalkan tenaga dan membersihkan darah tetapi juga baik untuk mengatasi masalah sembelit dan melancarkan penghadaman.

Shutterstock

Berdasarkan laporan dari Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), ubi keledek yang bersaiz sederhana (114 gram) mengandungi:

  • 103 kalori
  • 0 gram lemak
  • 2 gram protein
  • 4 gram serat
  • 7 gram gula
  • 24 gram karbohidrat

Karbohidrat yang terkandung di dalam ubi keledek selepas dimakan, kadar pencernaannya agak perlahan sekali gus membuatkan kita berasa kenyang pada masa yang lama. Di samping itu, kadar gula dalam darah juga akan berada di paras yang stabil.

Dalam erti kata lain, risiko diabetes juga akan berkurang. Buktinya, Pertubuhan Diabetes Amerika menggunakan ubi keledek sebagai salah satu makanan yang disarankan untuk diambil oleh pesakit-pesakit diabetes. Meskipun bahan ini kaya dengan serat dan lemak, ia tidak akan membuatkan kita cepat gemuk!

Wikimedia Commons

Khasiat vitamin A yang terkandung di dalam ubi keledek dikatakan mampu membantu mengekalkan tahap kesihatan mata, pertumbuhan tulang dan juga fungsi imun. Selain itu, ubi keledek juga mengandungi:

  • 22 mg vitamin C
  • 43 mg kalsium
  • 62 mg fosforus
  • 31 mg magnesium
  • 542 mg potassium

Menurut Dr Lin Gui, waktu terbaik untuk makan ubi keledek adalah di antara jam 7 pagi dan 9 pagi kerana tempoh ini adalah waktu terbaik penyerapan nutrien. Selepas jam 12 tengahari, kadar metabolisme dalam badan akan berkurang.

Food Network

Bagi mendapatkan manfaat terbaik, anda digalakkan untuk menikmati kulit ubi keledek sekali yang kaya dengan polysaccharides seperti mucin yang boleh mengurangkan paras kolesterol dalam darah, mengekalkan keanjalan saluran darah dan mengelakkan penyakit kardiovaskular. Maka pilihlah ubi keledek yang kualiti kulitnya lebih baik dan bersihkan sebelum dimasak.

Bagaimanapun, jika anda sering mengalami asid dalam perut, anda tidak digalakkan untuk memakan ubi keledek. Ubi keledek juga tidak boleh dimakan bersama buah pisang kaki, pisang atau terung kerana ianya boleh mengakibatkan perut anda sakit.

Sumber: Epoch Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular