Kejadian ini dikatakan berlaku semasa seorang kanak-kanak perempuan bersama ayahnya bermain di sebuah pantai. Ketika bermain kanak-kanak itu terlihat sehelai beg ‘plastik’ yang cantik dan dia mula mendekatinya untuk mengambil plastik tersebut.

Namun begitu, belum sempat dia mengambil plastik itu ayahnya datang untuk menghalang.

Rupa-rupanya ‘plastik’ cantik itu adalah obor-obor yang sangat berbahaya kepada manusia.

Lelaki itu kemudian menggunakan ranting untuk mengambilnya dan membawanya kembali ke laut supaya tidak membahayakan orang lain.

Obor-obor yang dikenali dengan nama Portuguese Man O’War atau Physalia ini merupakan sejenis obor-obor yang sangat bahaya sehingga sengatannya boleh membawa maut kepada manusia.

Awal tahun 2012, apabila spesies ini dikatakan ‘mendarat’ di England dan pantai Wales akibat angin taufan, para pakar dari Persatuan Pemuliharaan Laut (MCS) telah memberi amaran kepada pelancong untuk menjauhkan diri dariada ‘beg plastik’ yang aneh ini. “Di Australia, setiap musim panas sengatan Physalia telah membunuh puluhan ribu orang.

Menurut Wikipedia, sengatan obor-obor ini boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan darah rendah secara mendadak, kesukaran untuk bernafas dan akan tidak sedarkan diri. Jika kes tidak dirawat segera seseorang itu boleh mengalami kegagalan paru-paru yang boleh meragut nyawa.

Sejumlah besar spesies ini boleh didapati di Kenting, Taiwan.

Jadi, sekiranya anda terjumpa salah satu ‘beg plastik’ berwarna yang cantik di pantai, ingat, jangan sentuh! Jangan lupa untuk ingatkan serta perhatikan anak-anak kecil anda juga!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular