Cahaya matahari adalah aspek terpenting kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik secara keseluruhannya. Bandar-bandar di seluruh dunia yang kekurangan cahaya matahari sepanjang tahun mempunyai ramai penduduk yang menyedari mereka memerlukan vitamin D yang sangat penting untuk keperluan kesihatan.

Selain itu, hidup dalam kegelapan nampaknya begitu melankolik. Oleh itu, ramai orang berusaha untuk tinggal di negara-negara  yang mana terasa lebih hangat tetapi masih terdapat sebilangan penduduk di beberapa bahagian di dunia yang sudah biasa tidak melihat cahaya matahari secara langsung selama berbulan-bulan.

Kyrre Lien.com

Ini bukan bermakna mereka tidak memerlukannya, tetapi hanya kerana mereka sudah terbiasa menunggu dengan sabar hari yang lebih cerah pada keesokan hari apabila tiba masanya.

Rjukan, sebuah bandar yang terletak 3 jam perjalanan di barat laut Oslo, Norway, dikenali sebagai salah satu bandar paling gelap di dunia.

Rowie/TripAdvisor

Terdapat kira-kira 3,386 penduduk di Rjukan, sebuah bandar yang mendapat namanya dari Rjukan Fall iaitu air terjun sepanjang 104 meter yang menyediakan akses mudah untuk menjana sejumlah besar tenaga elektrik.

Pekan ini tidak mempunyai cahaya matahari secara langsung dari bulan September hingga Mac kerana bentuk muka bumi yang dikelilingi pergunungan di sekitarnya.

VisitNorway

Walaupun, hari hampir selalu cerah di Rjukan kecuali pada bulan Disember dan Januari tetapi ini berlaku kepada hampir di seluruh Norway kerana matahari tengah malam. Apa yang membezakan tentang Rjukan adalah hakikat bahawa kedudukan pergunungan yang mengelilingi bandar ini, jadi ia tidak menerima cahaya matahari secara langsung, menjadikan bandar itu agak rata dan mono.

Untuk memberi penduduk sekurang-kurangnya sedikit cahaya matahari, bandar ini telah memperuntukan 5 juta Krone Norway (NOK) atau RM 2.4 juta dengan memasang cermin.

VisitNorway

Cermin berkuasa solar yang diletakkan 450 meter dari atas bandar menjejaki pergerakan matahari dan memantulkan cahayanya ke seluruh bandar.

TripAdvisor

Akibatnya, cahaya matahari bersinar tepat ke arah dataran bandar.

Vibeke B/TripAdvisor

Dalam satu temu bual, salah seorang penduduk tempatan berkata bahawa warga Rjukan sudah terbiasa hidup tanpa cahaya matahari. Katanya, “Anda tidak memikirkannya, akhirnya betulkah? Tetapi ini … Ini sangat hangat. Bukan hanya secara fizikal, tetapi juga mental. Ia sangat hangat sehingga ke pemikiran.”

TripAdvisor

Idea ini telah menerima banyak kritikan yang memanggil projek ini sebagai satu gimik dan membazirkan banyak wang hanya untuk mendapatkan sebilangan kecil cahaya matahari.

VisitNorway

Tetapi ramai pula pengkritik itu yang telah datang kerana mereka menyedari bahawa idea ini bukan sahaja memberikan cahaya matahari yang sangat diperlukan oleh penduduk tempatan tetapi juga membantu meletakkan bandar ini di peta dunia, kerana ia telah berjaya menarik lebih ramai pelancong datang melawat ke bandar Rjukan.

VisitNorway

Idea cermin matahari pertama kali diilhamkan oleh pengasas bandar Rjukan, Sam Eyde pada tahun 1913. Beliau memahami betapa pentingnya cahaya matahari dan cuba mencipta cermin matahari tetapi malangnya, usaha itu tidak berjaya. Menurut laman pelancongan Norway, “Idea ini dibangunkan semula pada tahun 2005 oleh Martin Andersen, seorang artis dan salah seorang penduduk bandar Rjukan. Pada tahun 2013, cermin matahari telah berjaya dipasang secara rasmi iaitu 100 tahun selepas idea itu dicetuskan.”

Sumber : Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular