Zaman dahulu, remaja umumnya tidak mempunyai telefon bimbit sendiri dan bergantung kepada pondok telefon awam untuk berkomunikasi.

Begitu juga dengan akses terhadap internet, bahkan mungkin ada segelintir yang jarang dan agak kekok menggunakan komputer.

Jika mahu mengakses internet, mereka akan ke kafe siber selepas sekolah. Walau bagaimanapun, kebanyakan kafe siber tidak akan membenarkan pelajar sekolah berbaju uniform untuk memasuki premis mereka. Mungkin niat untuk bermain permainan dalam talian bersama rakan mereka di kafe siber akan terbantut.

Mothership.sg

Bagi sesetengah individu, pasti sudah putus asa dan mahu pulang ke rumah sahaja sambil melupakan hasrat tersebut namun tidak bagi remaja ini yang begitu berdedikasi untuk memasuki kafe siber walaupun dirinya lengkap dengan uniform sekolah.

Menurut laporan Mothership, seorang pengguna Instagram, Terenex, terjumpa seorang remaja lelaki ini yang membaluti tubuhnya dengan 2 keping kotak dalam cubaannya untuk menutupi uniform sekolah yang dipakainya.

Ianya berlaku di Parklane Mall di mana wanita berkenaan ternampak remaja terbabit meminta kotak daripada sebuah kedai berhampiran.

Mothership.sg

“Saya ingin membeli makanan tengah hari bersama rakan saya kemudian terjumpa semula dengan remaja itu. Tetapi, kali ini dengan lebih kotak. Kami tergelak melihatnya dan terus pergi membeli makanan. Sebelum kami pulang, kami mahu melihat remaja itu lagi untuk mengetahui adakah dia berjaya memasuki kafe siber itu,” jelas Terenex.

Mothership.sg

Namun, wanita berkenaan tidak dapat menunggu lama untuk melihat sama ada usaha remaja terbabit membuahkan hasil ataupun tidak. “Kami terserempak dengannya ketika dia menuju semula ke kafe siber berkenaan…kali ini, terdapat 3 keping kotak padanya yang menutup sehingga ke seluarnya.

Mothership.sg

Kami melihatnya berdiri di kedai tersebut untuk bercakap dengan pemilik kedai. Kami tidak pasti sama ada dia berjaya ataupun tidak namun semangat, usaha dan kreativitinya sangat mengagumkan,” kata Joel yang turut berada di kafe siber tersebut ketika insiden lucu itu berlaku.

Sumber: Mothership.sg

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP HIBURAN

Video Popular