Musim perayaan akan datang tidak lama lagi. Ketika itulah kita akan saling mengun­jungi antara satu sama lain.

Buat yang sudah berkeluarga pastinya anda akan membawa anak-anak tanpa mengira peringkat umur. Daripada yang bayi hinggalah kepada yang sudah dewasa. Namun, di sebalik keseronokkan bertemu saudara dan sahabat ada perkara yang perlu dipandang serius iaitu bayi.

Semua orang suka melihat bayi kecil yang comel. Kalau boleh mahu dipeluk-peluk anak kecil itu. Melihat pipi mereka yang tembam pasti membuatkan ramai yang ‘geram’.

Tidak salah untuk menyukai bayi tetapi perlu diingatkan bahawa mereka sangat sensitif dan mudah dijangkiti penyakit terutama daripada orang sekeliling yang tidak sihat. Akibatnya lebih buruk dan ada antara mereka yang meninggal dunia akibat orang sekeliling.

Seorang ibu berkongsi mengenai pengalamannya berhadapan detik cemas apabila bayinya mengalami sesak nafas dan batuk berdarah secara tiba-tiba.

Apabila dibawa ke hospital barulah mereka tahu akan puncanya iaitu si kecil itu mendapat sakit akibat didekati oleh orang yang sakit.

Batuk berdarah…

Sesak nafas kemdian terus diserang batuk berdarah sekali lagi

Darah keluar laju seperti air…

Peringatan kepada semua, jangan dekati bayi sekiranya anda tidak sihat supaya tidak memudaratkan bayi kelak.

Sumber: Facebook | Nia Bridal House Nbh

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular