Amazon.com satu perniagaan atas talian yang berkembang pesat dengan pelbagai pilihan produk yang ditawarkan kepada pelanggan. Jadi bagaimana pelanggan  dapat memutuskan produk yang boleh dipercayai dan berkualiti? Jawapannya ialah dengan pemberian ulasan.

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan menunjukkan 65% orang Amerika percaya kepada ulasan atas talian, manakala 82% orang dewasa Amerika menyemak ulasan produk sebelum mereka membuat pembelian.

Walau bagaimanapun, ‘proses semakan’ ini tidak begitu meluas, laporan menunjukkan pemberian bintang memainkan peranan terhadap apa yang diperkatakan dalam komen atau ulasan.

Sweet_Tangerine50/Reddit

Berpandukan pemberian bintang, syarikat-syarikat ini akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mengumpul 5 bintang daripada pengulas, dan mereka membangunkan strategi mudah dengan menawarkan sampel percuma atau bayaran balik sebagai pertukaran untuk penarafan bintang.

Kebanyakan syarikat ini terletak di pusat pengeluaran di China di mana kebanyakan penghantaran Amazon yang paling besar akan dipenuhi, tetapi kualiti selalunya tidak sama dengan kuantiti. Seorang netizen dalam kumpulan Choosing Beggers telah berkongsi pengalaman di Reddit dengan menunjukkan bagaimana salah satu syarikat di China dengan tekad untuk memburu rating atau penilaian, telah mengambil pelbagai inisiatif sedaya yang mungkin demi mendapatkan penarafan bintang yang lebih baik.

Sweet_Tangerine50/Reddit

Netizen ini berkongsi bahawa dia meninggalkan satu ulasan yang jujur ​di Amazon berkenaan sebuah syarikat pengeluar serbuk kuku dari China ini dan perkara biasa bertukar tegang selepas mereka memintanya untuk mengubah pandangan tersebut.

Pengguna Reddit ini mendedahkan satu proses penipuan sedang berlaku di Amazon. Menerusi ‘screenshot’ komunikasi yang di muat naik olehnya, syarikat tersebut telah menghantar sampel produk kuku mereka secara percuma sebagai pertukaran untuk ulasan 5-bintang.

Sweet_Tangerine50/Reddit

Dalam mesej pertama, mereka memberi arahan kepadanya untuk tidak menggunakan perkataan “percuma” atau “sampel”. Kata mereka tulis ulasan yang tidak terlalu pendek dan menyertakan gambar.

Malangnya, mereka tidak sedar bahawa mereka telah berkomunikasi dan berhadapan dengan pengulas yang sangat jujur. Netizen ini, seorang wanita yang memberikan syarikat itu 1 bintang kerana ia tidak sepadan dengan tuntutan mereka kerana produk kuku itu sebenarnya tidak “mudah dialih keluar” dan dia menghabiskan lebih kurang satu jam untuk membuangnya. Selepas itu wanita ini mendapati kukunya telah mengelupas dan merosakkan kutikel.

Sweet_Tangerine50/Reddit

Sebagai tindak balas kepada ulasan yang dirasakan kejam, syarikat tersebut telah meminta netizen ini menjelaskan permintaan asal mereka untuk mendapat “5 atau 4 bintang” dengan meminta wanita ini menukar ulasan itu.

Sweet_Tangerine50/Reddit

Di sebalik percubaan mereka dengan cara yang sopan, netizen ini tetap dengan pendiriannya, memberi ulasan yang jujur tanpa mahu mengubahnya kepada ulasan yang palsu.

Sweet_Tangerine50/Reddit

Di bawah undang-undang Persekutuan Amerika Syarikat, penawaran pertukaran produk atau pembayaran secara percuma untuk mendapatkan semakan yang baik atau semakan untuk mendapatkan insentif adalah salah di sisi undang-undang. Amazon telah mengharamkan proses itu pada tahun 2016. Mary Engel, Pengarah Bersekutu Bahagian Amalan Pengiklanan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan berkata, “Sekiranya seorang pengulas telah menerima sesuatu yang bernilai sebagai pertukaran pendapat mereka, mereka boleh mendedahkannya dalam ulasan itu.” Dalam hal ini, syarikat tersebut telah menyedari kelemahannya.

Sweet_Tangerine50/Reddit

Syarikat tersebut memberi respon dengan menyatakan bahawa netizen ini sepatutnya berkomunikasi dengan mereka terlebih dahulu sebelum menyiarkan ulasan dan kini mereka tidak akan bekerjasama dengannya lagi. Tidak berubah dengan pendirian tersebut, netizen ini telah mengemas kini ulasannya tetapi tidak mengikut cara yang mereka minta.

Sweet_Tangerine50/Reddit

Netizen ini mengakhiri ulasan dengan mendedahkan syarikat tersebut dengan pemalsuan ulasan untuk melariskan produk mereka, dan mereka tidak akan berurusan dengannya lagi kerana dia tidak boleh dibawa berbincang.

Sweet_Tangerine50/Reddit

Analisis terbaru oleh syarikat data ReviewMeta mendapati bahawa pada bulan Mac 2019, Amazon telah menerima lebih daripada 2 juta ulasan yang tidak disahkan, bersama tinjauan yang tidak dapat disahkan sebagai pembelian yang dibuat melalui Amazon, dan 99.6% daripada ulasan ini mempunyai 5 bintang.

Sumber : Bored Panda

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL

Video Popular