Saito Asuka adalah ahli Generasi Pertama Nogizaka46. Ahli termuda generasi pertama Nogizaka46. Terkenal dengan wajah kecil dan comel di kalangan semua ahli.

Gadis comel berusia 20 tahun ini berasal dari Tokyo, Jepun. Saito dikatakan memiliki wajah yang kecil dan comel berukuran 18 sentimeter.

Pada rancangan realiti TV Jepun yang telah menampilkan Saito dan ahli kumpulannya yang lain, pengacara telah menguji berapa kecil wajahnya dengan topeng muka bersaiz biasa.

Untuk menguji betapa kecilnya wajahnya, pengacara meminta Saito memakai topeng muka saiz biasa. Orang biasa memakai topeng muka akan hanya meliputi separuh daripada wajah. Namun, apabila Saito memakainya, ia meliputi seluruh wajahnya.

Malah, ahli kumpulannya yang lain juga turut teruja melihat betapa kecilnya wajahnya itu apabila memakai topeng muka.

Lilitan kepala Saito adalah 50 sentimeter dan panjang 18 sentimeter. Ia adalah kira-kira saiz seorang gadis berusia 5 tahun.

Saito merupakan darah campuran Jepun dan Myanmar, bapanya orang Jepun dan ibunya berasal dari Myanmar. Hobi Saito adalah membaca buku dan bermain dram.

Sumber: togetter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular