Kulit popia memang banyak kegunaannya, ia bukan hanya untuk membuat kuih popia sahaja. Kulit popia juga sering kali digunakan untuk membuat kuih raya.

Apa kata raya tahun ini cuba buat pepero sendiri di rumha dengan mengikuti cara mudah yang dikongsikan oleh wanita ini, Adilah Bte Othman.

Bahan-Bahannya:

#1. Kulit popia

#2. Oreo yang sudah siap hancur. Boleh didapati di kedai kek. Harga RM13.

#3. Coklat putih jenama Le Bourne. Juga boleh didapati di kedai kek. Harga rm15.90. Cairkan guna kaedah ‘double boil’.

Cara-caranya:

  • Jika guna kulit popia yang besar, potong kepada 4 bahagian, gulung dan lekatkan hujungnya dengan menggunakan air.
  • Jika guna kulit popia yang kecik, terus sahaja gulung dan lekatkan hujungnya dengan menggunakan air.
  • Goreng kulit popia sehingga keperangan.

Kaedah bouble boil:

  • Cairkan coklat putih dengan menggunakan kaedah double boil.
  • Apabila sudah cair, celupkan kulit popia.
  • Kemudian cepat-cepat gaulkan pula dalam bekas berisi oreo hancur.

** jika guna coklat biasa, boleh guna badam hancur.

** badam perlu disangai atau digoreng dulu.

  • Tidak perlu diletakkan dalam peti sejuk.
  • Siap!

Sumber : Adilah Bte Othman

Maybe you're interested :

Share

Video Popular