Ramai orang sering terkeliru antara tekanan dengan kemurungan. “Tekanan” tidak sama dengan “kemurungan,” dan setiap orang mempunyai “tekanan.”

KlasResearch / Gambar Hiasan

Kemurungan adalah penyakit psikologi atau fizikal. Penyakit ini bukan sahaja menyebabkan pesakit hilang tenaga, malah semangat dan harapan hidup pesakit turut terjejas. Pakar menegaskan bahawa jika berasa terlalu malas untuk melakukan apa-apa tanpa sebab, itu menunjukkan kesan-kesan kemurungan.

1- Merasakan hidup tidak bermakna

MedicalNewsToday / Gambar Hiasan

Pesakit yang mengalami kemurungan berasa hidup ini tidak bermakna. Mereka berasa malas kerana merasakan tiada maknanya untuk melakukan apa-apa pun. Sesetengah pesakit mengalami kemurungan jangka pendek. Jadi orang-orang seperti ini akan memilih untuk meminta bantuan.

Namun berbeza bagi pesakit yang benar-benar mengalami tekanan, mereka tidak peduli dengan kesihatan mereka. Mereka bukan sahaja tidak akan meminta bantuan malah memilih untuk melarikan diri dari penderitaan seperti dengan cara membunuh diri.

2- Terlalu mengejar kesempurnaan

CBC / Gambar Hiasan

Mereka yang terlalu mengejar kesempurnaan cenderung untuk merasakan kebimbangan yang melampau. Mereka akan lebih mudah kecewa dan gelisah. Kesempurnaan yang mereka kejar boleh menyebabkan kemurungan dan hal ini menyebabkan kualiti hidup mereka lebih rendah. Kebanyakan orang yang mengalami kemurungan berasa mereka perlu sempurna dalam setiap perkara. Mereka terlalu mengejar kesempurnaan yang akhirnya tidak membawa erti apa-apa.

Banyak pesakit yang menghidap penyakit ini akhirnya memutuskan untuk membunuh diri kerana mereka tidak membenarkan diri mereka membuat kesilapan. Akibatnya mereka tidak boleh menerima hakikat yang mereka juga membuat kesilapan dan perkara ini membuatkan mereka mulai membenci diri mereka sendiri akhirnya membawa kepada kemurungan.

3- Mengasingkan diri daripada kehidupan sosial

7aprilie / Gambar Hiasan

Semua orang sebenarnya suka bergaul kerana manusia sememangnya makhluk yang bersosial. Hal ini membuatkan kita saling bergantung antara satu sama lain. Hubungan sosial dengan orang lain adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kualiti di samping memberi lebih kegembiraan dan keceriaan.

Namun bagi mereka yang sedang mengalami tekanan, mereka akan cenderung untuk mengelakkan diri daripada bergaul dan bercampur dengan orang ramai. Mereka akan mengurangkan atau mungkin akan menghentikan aktiviti sosial mereka dan lebih memilih untuk bersendirian.

Jelas sekali tekanan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Isu ini hakikatnya lebih besar daripada yang kita bayangkan. Seseorang mungkin kelihatan normal, boleh senyum dan ketawa serta menjalani kehidupan seperti orang lain namun di sebalik tabir hidup mereka ada kesakitan yang sedang mereka tanggung.

Dekati golongan ini dan berikan nasihat serta tunjukkan mereka jalan keluar kerana keadaan mereka ketika itu adakalanya membuatkan mereka tidak dapat berfikiran jernih dan jika anda mendapati diri anda atau seseorang di sekeliling anda tiba-tiba menjadi “malas”, maka berhati-hati, ini adalah salah satu manifestasi kemurungan.

Sumber: kwongwah

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular