Muhammad Alif bin Mohd Satar, atau lebih dikenali sebagai Alif Satar, merupakan seorang penyanyi,pelakon dan pengacara.

Dia mula terkenal setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti TV One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.

Star2.com

Selebriti yang berasal dari Kuala Lumpur ini sering berkongsi tentang aktiviti sehariannya menerusi laman sosial Instagram.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya pada 29 Mei, Alif Satar dilihat bersama isteri, Sha Dila Halid, yang berada di dalam kereta menceritakan tentang kad raya mereka yang semakin bertambah setiap tahun.

alifsatar|Instagram

Kedua-duanya berbincang mengenai tradisi kad raya yang sudah lama dilupakan. Namun, dengan tidak sengaja, Alif Satar tersasul dengan berkata mereka telah menambah kad kahwin, sedangkan sepatutnya ia adalah kad raya.

alifsatar|Instagram

“Orang macam terkejut bila kita bagi kad raya dekat orang eh, kad raya? And the best part kita throwback kita punya kad kahwin. Kad kahwin kitorang every year, setakat ni ada je tambahan. Kad kahwin apanya, kad raya. Kad kahwin tambah lagi, ” kata Alif sambil tergelak besar.

alifsatar|Instagram

Reaksi Alif Satar dan isteri selepas tersasul itu mendapat reaksi ramai orang yang nyata terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Sumber: alifsatar|Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular