Jadi, baru-baru ini pengguna internet telah menemui satu kebetulan yang sama bagi kebanyakan wanita di seluruh dunia, iaitu bintik hitam yang terletak di bahagian tengah pergelangan tangan.

Beribu-ribu pengguna wanita telah memberi respons kepada sebuah kiriman di Twitter yang bertanya mengenai bintik hitam pada pergelangan tangan mereka, dengan ramai antaranya yang mendakwa bahawa mereka tidak menyedarinya sehingga kiriman itu dimuat naik.

Semuanya bermula apabila pengguna Twitter bernama Aaryn Whitley memuat naik gambar bintik hitam di pergelangan tangan dan bertanya: “Para wanita semua… anda juga mempunyai bintik hitam di tengah-tengah pergelangan tangan anda atau perkara ini hanyalah mitos?”

Kredit: Aaryn Whitley/Twitter

Aaryn turut berkongsi empat gambar pergelangan tangan dan kesemuanya mempunyai bintik hitam di tempat yang sama. Kirimannya itu dengan cepat menjadi tular dan telah menarik lebih daripada 35,000 komen, yang mana ramai dari wanita di seluruh dunia berkongsi gambar pergelangan tangan mereka yang mempunyai bintik hitam di tempat yang sama!

Kredit: adelaaa/Twitter

Jadi, apa yang menyebabkan mereka semua mempunyai bintik hitam di tempat yang sama? Menurut Nivea, bintik hitam itu adalah disebabkan oleh kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.

Bintik hitam ini bukan selalu disebabkan oleh faktor genetik, tetapi, lazimnya jika anggota keluarga anda mempunyai bintik hitam, maka anda juga cenderung untuk mendapatkannya. Bintik hitam biasanya berkembang pada zaman kanak-kanak dan mungkin hilang apabila anda meningkat dewasa atau mungkin kekal bersama anda sehingga ke akhirnya.

Kredit: Frey/Twitter

Tetapi apa yang menyebabkan begitu ramai wanita mempunyai bintik hitam di tempat yang sama? Mungkin hal ini disebabkan kawasan pergelangan tangan lebih banyak terdedah kepada cahaya matahari. Usah bimbang, ternyata anda dalam kelompok yang normal!

Sumber: Lad Bible

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular