Syarikat pengurusan Hazmi Dimasyq Group telah menyediakan lebih 20 buah helikopter bagi perkhidmatan, ‘Balik Raya Elak Jem’ di musim perayaan Aidilfitri ini.

Menurut pemilik syarikat pengurusan tersebut, Hazmi Hanipa, 31, perkhidmatan di musim perayaan ini adalah kali pertama diperkenalkan.

Sinar Harian

Menurutnya, sejak tiga tahun lalu, syarikatnya telah menyediakan perkhidmatan helikopter dan jet peribadi yang kebiasaannya menjadi pilihan ahli perniagaan.

Astro Awani

“Ini merupakan tahun pertama untuk perkhidmatan sempena hari raya. Setakat ini, kita mendapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

“Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.

“Kita menyediakan lebih 20 buah helikopter untuk musim raya ini manakala penerbangan hari biasa melibatkan enam buah sahaja,” katanya.

Astro Awani

Menurut Hazmi yang merupakan anak kelahiran Kampung Renok Baru, Gua Musang, dia tidak menyangka perkhidmatan ini mendapat permintaan tinggi terutamanya di kalangan ahli perniagaan.

“Untuk Kelantan sahaja, kita ada empat penerbangan setakat ini. Kita menyediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang.

“Untuk penerbangan enam penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

“Alhamdulillah, melihat kepada permintaan, kita akan meneruskan perkhidmatan ini untuk musim-musim perayaan seterusnya,” tambahnya.

Sumber: Sinar HarianAstro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GAYA HIDUP

Video Popular