Sekiranya anda berada di Bangsar pada petang hari Selasa (28 Mei 2019) maka anda mungkin dapat melihat fenomena yang luar biasa menarik di langit.

The Malay Mail melaporkan, ramai penduduk Bangsar berasa bagai tidak percaya apabila mata mereka amat bertuah dan kagum melihat satu fenomena alam luar biasa dipercayai sebagai ‘Crown Flash’ yang jarang berlaku.

Untuk pengetahuan anda, ‘Crown Flash’ adalah fenomena meteorologi yang sangat jarang berlaku dan ia pertama kali dicatatkan secara saintifik dalam jurnal Monthly Weather Review pada tahun 1885. Satu fakta yang amat menarik!

The Republic of Bangsar #TROB/ Facebook

Seorang pengguna Facebook yang melihat fenomena ini telah berkongsi beberapa rakaman gambar yang mengagumkan yang diambil di Bangsar Heights, dalam kumpulan Facebook yang dikenali “The Republic of Bangsar #TROB”. Gambar-gambar tersebut menunjukkan kumpulan awan dalam pelbagai warna, seperti lampu-lampu aurora yang mengintip mereka dari celah awan.

Jika anda masih tidak percaya, lihat sendiri keajaiban fenomena alam ciptaan Tuhan yang sangat indah ini di bawah.

The Republic of Bangsar #TROB/ Facebook

Bersama post tersebut, netizen ini menulis,

“Adakah sesiapa yang menyaksikan pandangan optik yang menakjubkan ini semalam (Selasa)? Saya mungkin tersilap tetapi saya fikir ia adalah ‘Crown Flash’ yang jarang berlaku. Gambar-gambar ini diambil di Bangsar Heights dari jam 5.21 petang hingga 5.35 petang pada 28 Mei 2019.”

“Saya terasa diberkati dan bertuah dapat menyaksikan fenomena alam yang sukar diluahkan dengan perkataan dan begitu megah ini. Alam semula jadi sememangnya amat menakjubkan.”

The Republic of Bangsar #TROB/ Facebook

Memang amat menakjubkan. Post netizen ini kemudian menjadi tular dengan menerima lebih daripada 600 reaksi.

Apabila post ini mendapat perhatian ramai, beberapa orang netizen juga menyokong dengan menyatakan mereka juga melihat fenomena alam semula jadi yang indah ini. Mereka juga berasa takjub dan mengagumi keindahan ‘Crown Flash’.

The Republic of Bangsar #TROB/ Facebook

Tidak dinafikan bahawa kejadian ini benar-benar satu fenomena alam yang luar biasa lagi amat jarang berlaku, dan mereka antara rakyat Malaysia yang bertuah dan meraih keistimewaan apabila dapat melihatnya di hadapan mata sendiri. Fenomena alam ciptaan Tuhan sememangnya amat menakjubkan.

Sumber : The Republic of Bangsar #TROB/Facebook, Malay Mail

Maybe you're interested :

Share

Video Popular