Anda tidak perlu menjadi benar-benar sempurna untuk mempunyai bakat. Bakat manusia adalah suatu keupayaan dan anugerah yang ditakdirkan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila rakaman video seorang peserta America’s Got Talent, yang merupakan seorang peserta autistik dan kehilangan penglihatan menggemparkan juri dan penonton dengan persembahannya yang luar biasa.

America’s Got Talent|Youtube

Kodi Lee, 22, berjaya medapat Golden Buzzer daripada salah seorang juri dan sorakan penonton yang bergema di segenap ruang kerana bakatnya yang sangat memukau. Sehingga entri ini ditulis, rakaman persembahan Kodi ini sudah mencecah lebih daripada 469,000 kongsian dan lebih daripada 304,000 sukaan. Hebat!

America’s Got Talent|Youtube

Muncul di atas pentas dengan ibunya, Kodi menarik perhatian semua orang dengan keperibadiannya yang tersendiri. Kodi kemudian memainkan lagu berjudul ‘A Song For You’ yang dipopularkan oleh Donny Hathaway bersama dengan alunan piano, yang ternyata membuat semua orang terkedu malah ada antaranya ternganga kerana langsung tidak menyangka bakatnya begitu luar biasa.

America’s Got Talent|Youtube

Sesiapa sahaja yang menonton rakaman ini pastinya akan teruja sepertimana semua juri dan penonton yang menyaksikan Kodi secara langsung. Suaranya memang merdu!

America’s Got Talent|Youtube

Dengan pemberian Golden Buzzer oleh juri Gabrielle Union, Kodi dapat terus membuat persembahan secara langsung selepas ini. Golden Buzzer hanya diberikan satu kali sahaja bagi setiap juri dan kerana bakat Kodi yang sangat hebat, Gabrielle telah memberikannya “hadiah yang paling istimewa”.

America’s Got Talent|Youtube

Ini sememangnya saat yang sangat mengharukan dan anda mungkin akan menitiskan air mata kerana terlalu terharu…

America’s Got Talent|Youtube

Semoga dengan permulaan langkah yang kecil ini, Kodi akan mula dikenali dan bakatnya dibawa ke pentas yang lebih terkemuka. Semoga berjaya Kodi!

Sumber: America’s Got Talent|Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular