Seorang lelaki dari Nanjing, China yang berusia 50 tahun, Xu, mengalami muntah-muntah dan tidak sedarkan diri ekoran sering tidur lewat setiap malam. Selama lebih 10 hari, Xu terlalu sibuk membuat kerja sehingga waktu tidurnya terganggu dan berkurangan.

Gambar Hiasan|China Net

Dia kemudian dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan bahawa saluran penghadamannya telah kehilangan banyak darah – hampir separuh daripada keseluruhan darah dalam badan!

Menurut laporan, Xu merupakan individu yang sangat komited dan sering mengutamakan kerjanya. Dia difahamkan kerja lebih masa kerana rasa tanggungjawab terhadap kerja dan mahu menyelesaikan kerja mengikut masa.

Selepas lebih sepuluh hari bekerja lewat malam, dia kemudiannya koma dan terdapat buih pada mulutnya. Berdasarkan rekod, dia pernah menjalani pembedahan pada ususnya.

Doktor beranggapan bahawa perkara ini berlaku disebabkan oleh kerja kerasnya tanpa rehat siang dan malam sehingga mengakibatkan kecederaan pada saluran pencernaannya yang dahulu menjadi lebih teruk dan memusnahkan pembuluh darah sekali gus menyebabkan kehilangan banyak darah.

Oriental Daily

Menurut diagnosis yang dilakukan, saluran pencernaan Xu mengalami pendarahan dan darah pula berkurangan menyebab berlakunya hipoksia dan iskemia sehingga kehilangan separuh daripada jumlah keseluruhan darah di dalam tubuhnya.

Xu bernasib baik kerana dengan bantuan doktor dan jururawat, darahnya ditambah daripada 6 buah bank darah dan kemudiannya menjalani pembedahan yang menyelamatkan nyawanya.

“Tiada satu hari pun di mana saya tidur sebelum jam 12 tengah malam, dan ia berlaku melebihi 10 hari. Saya berasa tidak selesa dan berpeluh,” jelas Xu.

Doktor menasihatkan agar jika sistem pencernaan anda tidak begitu baik, dapatkan tidur yang mencukupi. Jika terdapat najis berdarah, segera dapatkan rawatan lanjut daripada doktor. Jika tidak, anda bakal mengalami simptom seperti sakit kepala dan degupan jantung tidak teratur.

Sumber: Oriental Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular