Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Pasti ramai di kalangan anda yang sudah mulakan persiapan membuat atau membeli kuih raya. Sebut tentang kuih raya, antara yang menjadi kegemaran sepanjang zaman adalah Almond London, Tat Nenas, Semperit, Batang Buruk dan juga Cornflakes Madu.

Hidangan-hidangan ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi setiap kali musim perayaan. Tapi, apa kata untuk Aidilfitri kali ini, kita tukar selera kepada hidangan kuih raya yang lebih moden iaitu ‘Salted Egg Conflakes Crunchy’.

Teruja nak tahu resipinya? Jangan bimbang… Bahan-bahan dan kaedah untuk membuatnya begitu mudah dan pasti akan menjadikan anda serta keluarga ketagih untuk terus menikmatinya.

Bahan-bahan:

1) 120 gram Planta/margerin/mentega

2) 2 tangkai daun kari

3) 3 tangkai cili api merah (dihiris)

4) 70 gram serbuk Salted Egg (boleh dibeli di kedai menjual bahan kek)

5) 1 sudu kecil gula

6) 250 gram Cornflakes

Cara membuat:

Cara membuat:

  • Panaskan Planta/margerin/mentega dan masukkan daun kari. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan serbuk Salted Egg dan cili yang telah dihiris. Kemudian, masukkan gula dan kacau lagi
  • Masukkan cornflakes dan gaulkan bersama. Tutup api
  • Selepas sejuk, simpan cornflakes yang telah siap di dalam balang. Jangan sejukkan di bawah kipas. Untuk mengekalkan kerangupannya, masukkan cornflakes yang telah siap digaul ke dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit.

Sumber: Normaidani Malek

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular