Pengalaman menjadi ibu bapa adalah sesuatu yang sangat berharga. Setiap detik bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata pastinya akan memberi sebuah pengalaman yang sangat bernilai. Kalau boleh mereka mahu merakam setiap detik yang berlaku supaya kelak akan ada kenangan yang boleh dikongsi bersama. Contohnya gelagat dua beranak dalam video ini. Melihat telatah ayah dan anak kecil ini pasti akan buat anda tergelak sendiri.

Apa yang berlaku ialah apabila si ayah cuba mengajar anak kecilnya membuat ‘beatbox’ iaitu dengan membuat bunyi atau rentak yang rancak. Melihat apa yang dilakukan oleh si ayah membuatkan si kecil terus tertawa.


Instagram

Penyanyi dan penulis lagu Jason Manns bersama anak kecilnya, Tripp yang baru berumur setahun kelihatan ceria ketika dirakam. Jason seperti mahu mengajar anaknya membuat bunyi tersebut tetapi anak kecilnya melihat apa yang dilakukan oleh bapanya seperti sesuatu yang sangat melucukan. Dia bahkan ketawa besar seolah-olah ayahnya memang sedang berjenaka dengannya.


Instagram

Tidak hanya itu si kecil juga cuba untuk meniru apa yang dilakukan oleh ayahnya. Apa yang melucukan ialah apabila air liur Tripp mengenai wajah ayahnya ketika dia sedang ber ‘beatbox’ dan dia terus ketawa besar.


Instagram

Jason cuba mengajarnya lagi.


Instagram

Namun nampaknya Tripp belum dapat melakukannya malah air liurnya masih tersembur pada Jason.


Instagram

Kedua-dua beranak ini ketawa besar kerana berasa lucu dengan situasi tersebut. Mari saksikan aksi dua beranak ini dalam video di bawah.

Sumber: INSPIRE MORE, jasonmannsmusic|Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular