PELABUHAN KLANG: Malaysia akan memulangkan semula kira-kira 3,000 tan sisa buangan plastik ke negara asal dan memberikan tempoh 14 hari supaya membawanya pulang bahan tersebut ke negara asal.

Perkara berkenaan disuarakan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin sambil menyifatkan negara pengimport sampah secara haram adalah pengkhianat.

Beliau berkata, sebanyak 60 bekas sampah yang telah diimport secara haram telah dikenalpasti.

“Sampah-sampah ini dibawa masuk secara haram di bawah perisytiharan palsu dan kesalahan lain yang secara jelas telah melanggar undang-undang alam sekitar kita.

MOHD RASFAN/AFP/Getty Images

“Setiap kontena yang diimport ke negara ini, ia mempunyai tuan di negara ini dan jika mereka tidak mengaku itu yang saya gambarkan sebagai pengkhianat” katanya yang dipetik Channel News Asia.

Terdahulu, beliau mengadakan pemeriksaan dan tinjauan ke atas sembilan kontena sampah plastik yang akan dihantar pulang ke negara asal di Perlabuhan Klang.

MOHD RASFAN/AFP/Getty Images

Mengulas lanjut, daripada 60 kontena 10 kontena yang telah selesai menjalani pemeriksaan akan dihantar kembali ke negara asal melibatkan Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, Jepun, China dan Bangladesh dalam waktu terdekat.

“Ini adalah tambahan kepada lima kontena yang telah dihantar ke Sepanyol pada 29 April 2019,”ujarnya.

Beliau menjelaskan, tindakan undang-undang mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikenakan terhadap yang gagal mematuhi notis diberikan dengan hukuman denda serta penjara.

Mengulas lanjut, Bee Yin berkata, kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memeriksa 123 kontena yang tiba dari beberapa negara antaranya, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Jepun, China dan Sepanyol dalam 10 serbuan sebelum ini.

Tahun lepas, Malaysia menjadi destinasi utama dunia untuk sisa plastik selepas China mengharamkan pengimportnya sekali gus mengganggu aliran lebih daripada 7 juta tong sampah setahun.

Puluhan kilang kitar semula telah berkembang di Malaysia, banyak yang beroperasi tanpa lesen dan masyarakat setempat juga terkesan dengan masalah alam sekitar.

Sumber: CNA, Kosmo

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular