Bagi generasi yang lahir pada tahun 90-an dan sebelumnya, anda pasti mengenali watak Mr. Bean, pelawak yang menghiburkan semua lapisan generasi dengan mimik muka dan telatah melucukan tanpa mengeluarkan banyak dialog dari mulutnya, tetapi mampu membuat semua orang ketawa!

Selain watak ‘teddy bear’ berwarna coklat, Mr. Bean sinonim dengan kereta Mini Cooper klasik berwarna hijau pucuk pisang yang menjadi ‘kenderaan pelbagai guna’ Mr. Bean dan sering bertembung dengan musuh misteri yang menaiki kereta biru beroda tiga, Reliant Regal.

quora.com/Gambar Hiasan

Walaupun identiti pemandunya tidak diketahui sehingga kini, Reliant Regal telah berjaya mencuri tumpuan golongan yang sukakan kereta klasik yang unik.

IMCDB / Gambar Hiasan

Kereta beroda tiga itu bukan sahaja menjadi legenda dalam sitkom tersebut, bahkan menjadi lambang inovasi dan kebijaksanaan kejuruteraan syarikat yang menghasilkannya.

Dihasilkan oleh Syarikat Motor Reliant di Staffordshire, kereta tersebut merupakan model pertama yang dihasilkan dengan panel aluminium dan bingkai kayu pada tahun 1950-an, membuatkannya menjadi kereta yang ringan dengan berat 355.6 kilogram.

Forza Motosport / Gambar Hiasan

Secara mekanikalnya, Reliant Regal seolah-olah gabungan hibrid antara motosikal dan kereta, reka bentuk yang membuatkannya menjadi kenderaan ekonomi yang lebih murah untuk dihasilkan.

Disebabkan rekabentuk dan beratnya yang ringan, Reliant Regal dikelaskan sebagai motosikal atau tricycle yang mempunyai cukai lebih rendah daripada kereta. Bahkan, di beberapa negara termasuk Britain, pemiliknya tidak memerlukan lesen memandu kereta untuk mengendalikan kenderaan tersebut.

Car From UK / Gambar Hiasan

Namun begitu, Reliant Regal  mampu mencapai kelajuan sehingga 136 km sejam, dan dengan hanya isian 3.36 liter petrol, ia mampu bergerak sehingga 100 kilometer.

Disebabkan krisis harga minyak yang berlaku pada pertengahan tahun 1970-an, permintaan terhadap Reliant Regal dalan versi salon dan van mencecah jualan 110,000 unit, menjadikan ia kenderaan roda tiga dengan jualan terbaik sebagai kereta terlaris sepanjang masa di Britain.

Sumber : Engineering & Technology

Maybe you're interested :

Share

Video Popular