Terkenal dengan penjualan tudung bawal hingga mencecah ribuan ringgit, Bawal Exclusive sekali lagi membuat kejutan kepada orang ramai apabila menjual koleksi terbaru pada harga RM 50,000 sehelai.

Bawal Exclusive/Facebook

Tudung yang bertatahkan batu Swarovski pelbagai warna itu dihasilkan daripada kain Voile yang diimport dari Jepun dengan susunan batu kristal Swarovski berbentuk tema bunga-bungaan.

Bawal Exclusive/Facebook

Berdasarkan laporan beberapa media tempatan, tudung berkenaan yang diserahkan kepada pemilik Butik Byqiss dilaporkan sebagai tudung paling mahal di dunia yang pernah dihasilkan.

Bawal Exclusive/Facebook

Bawal Exclusive/Facebook

Bawal Exclusive/Facebook

Berita gembira mengenai kejayaan menjual tudung berkenaan itu telah dikongsikan oleh Bawal Exclusive melalui laman Facebook rasmi mereka.

Sumber : Bawal Exclusive/Facebook , Siakap Keli

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular