Tinggal beberapa hari umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan semestinya beberapa jenis biskut raya akan membarisi meja-meja di kediaman sebagai hidangan ketika menyambut kedatangan tetamu.

Jika ada suka menyediakan sendiri, ini mungkin peluang terbaik untuk menyediakan biskut. Bukan sahaja menjimatkan tapi penyediaan pun dijamin bersih kerana disediakan sendiri.

Baru-baru viral di laman sosial resipi biskut ala Famous Amos yang boleh disediakan sendiri di rumah tanpa memerlukan penggunaan pengadun dan boleh disediakan secara sendiri di rumah. Resipi berkenaan dikongsi oleh seorang pengguna di laman Facebook yang dikenali Eida Ilham.

Eida Ilham|Facebook

Menurut Eida, resipi biskut ala Famous Amos itu disediakan secara mudah tanpa perlu menggunakan pengadun, namun rupanya sama dengan biskut yang dijual di pasar raya yang dijual dengan harga yang lebih mahal.

Penyediaan berkenaan sangat mudah dan kos penyediaan juga murah tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar.

Eida Ilham|Facebook

Resipi penyediaan biskut ala Famous Amos;

  • 250g marjerin
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Semua bahan tadi digaul sehingga sebati, tidak perlu pukul bahan-bahan sehingga kembang kerana ini merupakan bahan untuk menyediakan biskut.

Eida Ilham|Facebook

Kemudian tambah bahan-bahan dibawah  ini ke dalam doh yang telah di kacau tadi, bahan ini di gaul sehingga sekata dan sebati.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 sudu minyak masak

Bahan untuk coklat cips;

  • Coklat cips
  • Kacang badam cincang

Gaul kedua-dua bahan ke dalam bahan tadi dan kacau lagi sehingga sekata.

Sebelum itu, panaskan dahulu ketuhar dan oleskan loyang anda bersama sedikit marjerin dan gunakan sudu kecil bahan tadi ke dalam Loyang membentuk doh kecil-kecil.

Eida Ilham|Facebook

Diingatkan supaya tidak membuat biskut dalam saiz yang besar kerana bahan tadi akan mengembang selain kelihatan tidak cantik.

Bakar pada suhu 160 darjah, kira-kira 25 minit sahaja.

Tunggu sejuk, kemudian simpan dalam balang.

Selamat mencuba, mudah dan ringkas!

Mari lihat langkah-langkah tersebut dalam bentuk video di bawah:

Sumber: Eida Ilham|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi VIDEO

Video Popular