Melihat bentuk puding karamel pasti terbayang kesedapan dan manisan hidangan tersebut, sesuai juga untuk dijadikan pemanis mulut di kala berbuka puasa petang nanti.

Namun tidak semua yang boleh makan puding karamel kerana bau hanyir selain alah dengan telur.

Malah jika tidak kena kaedah membuat, hidangan pemanis mulut itu menjadi hanyir dan sekali gus membuat terputus selera untuk menjamah.

Ini dia resipi puding karamel tanpa telur yang mudah dan cepat hasil.

Hidangan tersebut pasti tidak hanyir dan sangat menyelerakan.

Hidangan tersebut dikongsikan Mimiey Zuhaa menerusi laman Facebook miliknya.

Lebih menyeronokkan hidangan tersebut juga tidak perlu dikukus!

Jom kita ikuti resipi beliau di bawah ini.

RESIPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN

Bahan gula karamel:

¼ cawan gula

3 sudu besar air

Bahan puding:

1 paket agar-agar (10gm)

4 cawan air

1 tin susu cair

½ cawan susu pekat

¾ cawan gula (kalau mahu hidangan yang lebih manis, boleh  letak 1 cawan)

3 sudu tepung kastard

1 sudu kecil esen vanila

CARA-CARA:

Jom kita tengok cara-cara membuatnya pula.

1. Buat Gula Karamel

Mula-mula, panaskan gula dan air di dalam periuk dengan api perlahan. Tunggu sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Semua itu adalah bahan untuk karamel.

Apabila gula keperangan, tuangkan ke dalam loyang  atau acuan dan ketepikan dulu.

2. Masak Puding

Dalam satu periuk lain, satukan kesemua bahan untuk puding dan masak atas api perlahan.

Tunggu semua bahan larut dan tidak berketul. Bila adunan dan agak pekat, boleh tutupkan api.

3. Tapis

Seterusnya, tapis adunan puding dan masukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.

4. Sejukkan

Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau hingga adunan puding mengeras.

Bila dah keras, beginilah hasilnya.

Hidangan ini juga sesuai dihidangkan kepada tetamu sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

Mudah, ringkas dan cepat.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook | Mimey Zuhaa

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular