Seorang lelaki berusia 46 tahun yang menyayangi anak-anaknya berasa sangat sedih ditinggalkan sendirian selepas lumpuh akibat strok. Kini, dia menetap di Rumah Ehsan, sebuah rumah kebajikan yang khusus dalam menyediakan penjagaan untuk warga emas.

KPWKM

Menurut Sinar Harian, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Awang ini, pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di bahagian pasukan penembak. Walaupun dia bersara daripada angkatan tersebut sejak 10 tahun yang lalu, Awang terus menjalani kehidupan sederhana dengan bekerja sebagai penoreh getah. Dengan gaji yang kecil dia menyara keempat-empat orang anaknya.

Malangnya, apabila dia lumpuh separuh badan dua tahun lalu dia disisihkan oleh tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

“Isteri saya meninggal dunia beberapa tahun lalu dan kesihatan saya mula merosot. Saya menghidap asma dan tekanan darah tinggi sebelum mengalami strok.”

“Saya menyesal memanjakan anak-anak saya. Saya juga mengeluarkan RM10 ribu sebagai mas kahwin (untuk mereka) tetapi apabila saya memerlukan bantuan mereka untuk menghantar saya ke klinik, tiada siapa yang datang membantu saya. Dengan alasan isteri mereka tidak membenarkan mereka.”

“Saya beri mereka kereta, motosikal dan duit walaupun kewangan saya tidak stabil tetapi apabila saya lumpuh, anak-anak saya menjadi orang asing.” kata ayah ini.

Sinar Harian

Menurut Awang, dia pernah tinggal di rumah salah seorang anaknya sebelum dibawa ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan susulan sakit stroknya.

Namun diluar pengetahuannya rupa-rupanya anak-anak merancang untuk meninggalkan Awang di hospital berkenaan. Selama setahun Awang ditinggalkan di hospital tersebut dan tiada siapa pun yang datang menziarahinya.

“Tiada seorang pun anak-anak yang datang menziarahi saya, walaupun pada bulan puasa dan Hari Raya Puasa tahun lepas. Pada bulan April ini, saya dibawa ke sini (Rumah Ehsan) dan tiada perasaan lagi terhadap anak-anak saya lagi.”

“Walaupun saya meninggal dunia, tolong jangan beritahu mereka kerana saya tidak mahu memikirkan tentang mereka lagi,” kata Awang.

Sumber: SINAR HARIAN

Maybe you're interested :

Share

Video Popular