Walaupun di kebanyakan tempat di dunia, anak-anak meninggalkan rumah ketika mereka berumur 18 tahun, tetapi terdapat beberapa budaya di dunia terutama di Asia yang mana anak-anak tinggal bersama keluarga sehingga umur dewasa dan menikmati ikatan yang erat bersama ibu bapa, termasuk budaya Filipina.

Adalah menjadi perkara biasa melihat ramai masyarakat Filipina memilih untuk hidup dengan ibu bapa walaupun mereka sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Ini adalah salah satu daripada banyak cara anak-anak menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa mereka dan kebanyakan ibu bapa Filipina lebih suka sekiranya anak-anak mereka tinggal di rumah keluarga bersama-sama.

Jadi, apabila seseorang mahu memalukan Yoshke Dimen kerana menjadi “anak bujang yang sudah besar panjang tetapi masih lagi mahu berkepit dengan ibu”, maka dia tidak berasa tersinggung ataupun terhina sama sekali.

The Poor Traveler

Yoshke tahu apa yang dia lakukan adalah perkara yang betul dan apa yang paling penting, keputusan dan impiannya telah membuat ibunya berasa bahagia.

Impian Yoshke Dimen sejak dari mula ialah membawa ibunya mengembara dan melancong ke seluruh dunia.

Dikenali sebagai ‘Pengembara Miskin’ atau ‘The Poor Traveler’, blogger Filipina ini berkongsi pendapatnya tentang apa yang semua orang harus lakukan setelah berjaya dalam kehidupan pada masa hadapan.

The Poor Traveler

Yoshke menjelaskan, “Saya teringat perjalanan pertama kami bersama. Di tengah-tengah perjalanan kereta kabel kami di Hong Kong, ibu saya menangis. Apabila ditanya, ibu berkata dia tidak pernah menyangka bahawa orang miskin sepertinya akan dapat melakukan perjalanan ke luar negara.”

Kata Yoshke, “Untuk pengetahuan semua, ibu saya dibesarkan dalam keluarga miskin.”

Menerusi blognya dalam ‘The Poor Traveler’, ibu Yoshke hanya mampu belajar sehingga ke gred 6 kerana datuk dan neneknya terlalu miskin untuk menghantar semua anak mereka ke sekolah menengah.

The Poor Traveler

“Seseorang yang lebih tua perlu tinggal di rumah dan membantu ibu bapa bekerja. Malang untuk ibu saya, itu adalah dia. Ibu sentiasa menghargai pendidikan, tetapi apakan daya, tiada apa yang boleh dilakukannya,” katanya.

Disebabkan pernah menjadi miskin, ibunya bertekad untuk menghantar kesemua anaknya mendapatkan pendidikan sehingga ke universiti.

Jadi, selepas Yoshke menamatkan pengajian serta lulus dari universiti dan berjaya mendapat pekerjaan, dia telah berjanji untuk membawa ibunya pergi mengembara dan melancong setiap tahun.

The Poor Traveler

Tambah Yoshke, “Ibu tidak pernah mengembara jauh, jadi saya berjanji kepada diri sendiri bahawa apabila saya mula mendapat pendapatan yang baik, saya akan bercuti dan melancong bersamanya setiap tahun.”

Setakat ini, duo ibu dan anak tersebut telah melancong ke Hong Kong, Jepun, Singapura, Macau, Boracay, dan baru-baru ini, Australia.

The Poor Traveler

Sejak post itu menjadi tular, ramai netizen yang ingin mengambil inspirasi daripada Yoshke dengan ada sesetengah netizen yang bergurau untuk menubuhkan sebuah kelab “anak-anak yang sudah dewasa melancong bersama ibu bapa”!

 

View this post on Instagram

 

Hi guys! Meet my nanay. We just got back from Australia! Years ago when I (@yoshke) posted about a trip with my mom, I received a message from another traveler shaming me for being a “grown-ass man traveling with mom.” Whatever for him. I remember our first trip together. In the middle of our cable car ride in Hong Kong, my mom shed tears. When asked, she said she just never expected she would be able to travel overseas. You see, my mom grew up in a dirt poor family. She only finished GRADE 6 because there were 7 children in the family and my grandparents couldn’t afford to send all of them to high school. Someone needed to stay at home and help them work. Unfortunately for my mom, it was her. She’s always valued education, but there was nothing she could do. When my mom started building a family, she promised herself one thing: THAT SHE WOULD DO EVERYTHING TO MAKE SURE THAT ALL HER CHILDREN GET A COLLEGE DEGREE. My mom, as the breadwinner, worked hard to send me and my siblings to school. Public school all the way! Pre-school to college. As a kid, I grew up in a financially troubled family but my mom still tried to make it comfortable for us. I am the youngest. Me getting a college degree isn’t just about me but my mom finally fulfilling a promise she made to herself a long time ago. She had never traveled very far, so I promised myself that when I started earning well, I would travel with her EVERY YEAR. That Hong Kong trip was our first. We had been to Japan, Singapore, Macau & Boracay since. And now AUSTRALIA. Our lives have become much comfortable now than when I was a kid. My siblings and I, we’re doing great because my mom made sure that we finish school, something she’d always wanted for herself but never had. I am proud that I am going places with my mom. HAPPY MOTHERS’ DAY to all the moms out there! – @yoshke

A post shared by Vins & Yosh 🇵🇭 (@thepoortraveler) on

thepoortraveler/Instagram

Sumber : The Poor Traveler

Maybe you're interested :

Share

Video Popular