Bulan Ramadan bukan sekadar menjalani ibadat puasa tetapi bulan mulia sangat sesuai untuk berkongsi rezeki dengan individu yang kurang bernasib baik.

Mengambil kesempatan di mulia itu, ruang hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Mohd. Zin Batu Berendam, Melaka dijadikan sebagai tempat mengagihkan pakaian terpakai secara percuma kepada sesiapa sahaja.

Pengusaha stesen minyak Shell berkenaan, Zulkifly Jantan berkata, dia membuka sedikit ruangan di kawasan stesen minyak berkenaan untuk meletakkan rak pakaian terpakai untuk dikongsikan.

“Program ini merupakan inisiatif pihaknya berkongsi rezeki melalui pemberian pakaian percuma yang boleh diambil sesiapa sahaja.

“Mereka yang datang ke stesen minyaknya boleh memilih pakaian mereka sendiri tanpa ada had dengan pelbagai jenis pilihan fabrik,” katanya yang dipetik Astro Awani.

Bercerita lanjut Zulkifly berkata, terdapat pelbagai pakaian dewasa dan juga kanak-kanak serta tudung diletak di ruangan berkenaan yang digantung secara baik.

Zatul Jaja|Facebook

“Semua pakaian dijamin elok untuk dipakai dan ada juga pakaian yang terdiri berjenama,” ujarnya.

Pada awalnya Zulkifly berkata, program tersebut bermula dengan hanya meletakkan pakaian ahli keluarga untuk diagihkan kepada orang ramai memandangkan baju masih elok dan boleh digunakan.

“Namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan mulai daripada itu ada juga pelanggan mahu\ berkongsi pakaian yang tidak digunakan kepada mereka yang memerlukan.

Katanya lagi, program tersebut merupakan tahun kedua dan akan dijadikan acara tahunan di stesen minyak pada masa akan datang.

“Ini program kedua yang kita buat, yang pertama diadakan dua tahun lepas dan dimulakan sejak 1 Ramadan lagi.

“Lebih menariknya tahun ini, terdapat juga pelanggan yang menyumbang sama, jadi lebih banyak pilihan pakaian,” ujarnya yang mahu meneruskan budaya tersebut di masa akan datang

Dalam masa sama, beliau menambah, turut mengalu-alukan sumbangan baju daripada orang ramai untuk dikongsikan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular