Alam semula jadi sentiasa menawarkan sesuatu yang luar biasa, maka pemandangan bukit dan gunung tidak terkecuali. Sebuah lembah bernama Lembah Taoyuan Gongga, New Taipei City, di Taiwan, telah dirakam gambarnya oleh seorang pendaki yang memanjat bukit yang menakjubkan ini dan menyedari bahawa ia menyerupai sesuatu.

Pendaki ini telah berkongsi gambar tersebut di media sosial dengan menunjukkan bagaimana menakjubnya pemandangan apabila bukit yang indah itu menyerupai seekor anjing besar yang tidur dengan diselaputi lapangan menghijau. Tenang berbaring di antara lembah dengan pemandangan hijau, ia kelihatan hampir seperti anjing raksasa yang menjaga Lembah Taoyuan yang indah di dalam tidurnya.

Dapatkah anda melihat anjing yang sedang tidur?

Ambition of Nobunaga/Facebook

Apabila berkongsi gambar ini pada bulan Februari 2015 bersama komuniti landskap di Facebook, jurugambar Chenguang Xiang meletakkan kapsyen dengan menyamakan lembah itu seperti seekor anjing.

Kapsyen menyebut, “Lembah Taoyuan di utara Taiwan mempunyai anjing yang sangat besar sedang tidur di atas padang rumput yang indah.”

Melihat gambar itu, ramai netizen yang terpesona dengan keindahan lembah ini dengan menyatakan serta mengiakan betapa ia menyerupai seekor anjing yang sedang tidur. Ada juga yang menyebut bagaimana mereka telah mengunjungi tempat itu berkali-kali tetapi hanya menyedari tentang ‘anjing tidur’ ini buat pertama kali setelah melihat gambar itu.

Selain lembah anjing yang sedang tidur, Xiang juga menemui satu lagi keajaiban alam semula jadi seperti batu ini yang kelihatan sama seperti belalai gajah.

Pu Zhicheng/Facebook

Seperti patung gergasi besar berdiri di tepi pantai, nampaknya belalai gajah itu sedang mencapai air laut untuk minum. Xiang menemui batu ‘belalai gajah’ ini ketika dia berada di sebuah lokasi dengan pemandangan indah yang dipanggil Ruifang.

Selepas kesemua gambar menarik ini dimuat naik, sesetengah netizen telah mengambil gambar keajaiban alam semula jadi di Ruifang dan berkongsinya di media sosial. Mereka mendapati terdapat formasi batu lain yang tidak kelihatan seperti belalai gajah tetapi kelihatan seperti dua ekor anjing sedang berdiri dan bertentangan di antara satu sama lain.

Batu ini kelihatan seperti dua ekor anjing yang menghadap satu sama lain.

Ruifang/Facebook

Alam semula jadi ciptaan Tuhan sememangnya penuh dengan keajaiban dan anda hanya memerlukan sepasang mata dan akal untuk berfikir bagi menerokai keindahannya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular