Ya, berita baik untuk para pencinta durian di Malaysia! Sudah tiba masanya negara kita bakal dilanda dengan ‘demam durian’ apabila aroma dan kemanisan raja buah ini bakal memenuhi ruangan di kawasan tanah tinggi Genting Highlands, Pahang.

Baru-baru ini pihak pengurusan Genting ada mengumumkan menerusi akaun Facebook di mana satu festival durian besar-besaran bakal dianjurkan di sana dan ianya terbuka buat orang ramai.

Resorts World Genting|Facebook

Seronoknya menikmati buah durian pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut. Rasa panas setelah memakannya mungkin boleh diredakan dengan suasana sejuk dan nyaman di sana.

Jenis durian yang bakal disajikan adalah seperti Musang King (Gred A), D24, Tekka, X.O dan Black Thorn (Gred A,B,C). Selain daripada buah durian, anda juga boleh menikmati pencuci mulut bertemakan durian seperti cendol Musang King, ais krim dan kopi durian.

New Straits Times

Ia difahamkan bakal berlangsung pada 25 Mei hingga 16 September bermula jam 12 tengah hari hingga 10 malam setiap hari. Lokasinya pula terletak di tingkat 16, Genting Grand Outdoor Carpark (GG Boulevard). Jom serbu ramai-ramai!

Sumber: Resorts World Genting|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN NASIONAL

Video Popular