Sejujurnya, semua orang mahu berkasih-sayang, sentiasa mempunyai insan yang boleh diharap, boleh mendengar luahan hati, dan boleh menerima segala baik dan buruk diri kita. Untuk mempunyai seseorang kekasih yang sanggup menghabiskan sepanjang hidupnya dengan kita juga adalah salah satu nikmat yang tidak terhingga yang boleh kita dapat di dunia ini.

热搜榜/YouTube

Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri warga emas yang sangat romantis ini. Walaupun sudah menjangkau usia 90-an, namun datuk yang berusia 97 tahun ini masih lagi meraikan rasa cintanya kepada kekasih hatinya, seorang nenek yang berusia 99 tahun.

热搜榜/YouTube

Menerusi video yang manis ini, datuk ini dilihat datang ke arah kekasihnya sambil membawa sejambak bunga berwarna biru yang sangat cantik dan besar untuk suri hatinya itu. Jelas sekali, nenek itu sangat terharu dan gembira dengan pemberian satu-satunya lelaki yang dicintainya itu.

热搜榜/YouTube

Bukan itu sahaja, pasangan romantis ini juga dirakam saling bersuapan makanan dengan begitu mesra sekali.

热搜榜/YouTube

Menurut cucunya, pasangan sehati sejiwa ini sentiasa bersama sepanjang hayat mereka, dan mereka sudah tidak mempunyai masa yang banyak. Jadi, mereka mahu meluangkan masa bersama dengan gembira, lapor Shanghaiist.

热搜榜/YouTube

Sememangnya pasangan ini sangat comel dan mereka membuktikan bahawa rasa kasih sayang dan cinta dalam rumah tangga tidak seharusnya terpadam walau sebagaimana lamapun masa yang dihabiskan bersama.

热搜榜/YouTube

Sumber: Shanghaiist

Maybe you're interested :

Share

Video Popular