KUALA PILAH – Setelah disengat oleh seekor hidupan laut aneh, lelaki ini terpaksa menanggung kesakitan selain disahkan lumpur seumur hidupnya.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Fadzil Mohd Yunus, 36 tahun yang berasal dari Kampung Durian Hijau, Terachi dikatakan telah disengat oleh ulat bulu laut sewaktu sedang menjalankan tugas sebagai pemandu pelancong di Pulau Pangkor, Perak sekitar Disember dua tahun yang lalu.

Harian Metro

“Ketika kejadian, saya sedang menunggu sekumpulan pelancong di tepi pantai. Secara tiba-tiba kaki kiri saya terasa sakit disengat. Saya segera melihat ke arah kaki dan nampak ulat bulu laut yang bersaiz kecil dan berwarna putih.”

Tambah Fadzil lagi, “Kaki saya kemudian terasa sakit dan gatal tetapi menyangka ia hanya sakit biasa dan tidak membahayakan.”

Selepas dua bulan peristiwa disengat itu, Fadzil mendakwa kaki kirinya semakin membengkak dan hal ini menyebabkan dia merujukkan perkara itu ke hospital. Pada awalnya, dia menyangkakan dia menghidap penyakit gout lalu mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital dan mengambil suntikan tahan sakit.

“Saya dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut dan dimasukkan ke wad selama sebulan. Kes saya turut dirujuk ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut. Malangnya, keadaan kaki saya makin teruk dan tiada peluang sembuh. Saya memohon pulang ke kampung dan mendapatkan rawatan sususlan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.”

Trip Advisor

Setelah menjalani beberapa rawatan dan pembedahan, kaki kiri Fadzil masih belum menunjukkan tanda-tanda sembuh. Lebih mengejutkan lagi, doktor mengesahkan kaki kirinya telah lumpuh dan tiada harapan untuk sembuh.

Kini, Fadzil menerima bantuan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan memandangkan dia tidak lagi mampu bekerja.

Sumber: Harian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular