Kaum wanita sering mengalami masalah pada rahim seperti cyst dan tidak menyedarinya sehinggalah mereka merasai sendiri kesakitan itu.

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser berpunca dari hormon estrogen yang berlebihan dalam badan wanita. Cecair tersebut  merupakan cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak ataupun lendir dalam badan wanita.

Arizona OBGYN Affiliates

Meskipun cyst tidak dilihat sebagai sesuatu penyakit tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan lain seperti sakit pada bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payu dara, rasa letih, masalah ketidaksuburan dan sakit kepala.

Cyst hanya boleh dikesan sekiranya seseorang itu melakukan pemeriksaan ultrasound kerana kehadiran cyst tidak memberikan sebarang simptom tertentu.

Hariza Azmi|Facebook

Oleh itu, makanan yang di ambil oleh setiap pesakit perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen berlebihan.

Baru-baru ini seorang wanita muda, Hariza Azmi berkongsi pengalaman mempunyai ketumbuhan cyst walaupun telah membuat pembedahan kali pertama sebelum ini.

Katanya, kisah pahit dalam hidupnya berlaku tiga tahun lalu, selepas disahkan mempunyai cyst, dan berjaya membuat pembedahan untuk membuangnya.

Selepas berjaya membuang, dia semakin leka dan menganggap ‘penyakit’ berkenaan tidak lagi menyerang dirinya.

Namun wanita itu terkejut selepas tiga tahun berlalu, dia sekali lagi disahkan mempunyai cyst akibat kecuaian diri sendiri yang kurang mengambil berat dan tidak melakukan pemeriksaan dengan doktor.

Dia juga berharap wanita lain untuk mengambil berat tentang kesihatan masing-masing supaya tidak terjebak dengan masalah cyst, kerana walaupun nampak mudah hakikat penyakit berkenaan boleh memudaratkan diri.

familydoctor.org

Katanya, sentiasa membuat pemeriksaan dengan doktor sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Hariza berkata, janganlah memberi alasan malu untuk membuat pemeriksaan memandangkan ramai yang pakar dalam bidang ini adalah doktor lelaki.

Dalam masa sama, Hariza juga menasihati golongan wanita supaya tidak mengambil ubat kurus, walaupun ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hariza turut berkongsikan beberapa tips daripada doktor yang merawatnya bagi mengelakkan ketumbuhan berkenaan.

1. Jangan sesekali mengambil suppliment termasuk pil putih, pil kecut jerawat dan apa-apa jenis suppliment. Dalam badan kita dah ada hormon estrogen namun jika menambahkan lagi estrogen dan boleh mengaktifkan hormon tersebut.

2. Jangan minum soya kerana mengandungi phyto estrogen. Phyto mempunyai fungsi seakan akan estrogen. Jadi bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. Setiap manusia memiliki cyst namun yang membezakan adalah saiz masing-masing.

3. Kurangkan pengambilan hidangan ayam kerana kebanyakan ayam ada cucuk estrogen itu bagi pembesaran yang cepat.

4. Banyakkan makan ikan dan sayur, kecuali ikan parang,

5. Amalkan pemakanan yang sihat.

6. Jangan ambil makanan segera.

7. Jangan ambil makanan dalam tin seperti tuna, sardin, dan lain-lain.

8. Kurangkan tekanan.

Sumber: Hariza Azmi|Facebook, Say.com, Oh Bulan

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular