Kemalangan yang berlaku memang tidak boleh diduga oleh sesiapa pun. Walaupun kita memulakan hari dengan baik, namun jika ditakdirkan berlakunya kemalangan, tidak kira besar atau kecil, kemalangan tetap akan berlaku.

Walau bagaimanapun, untuk bertemu dengan seseorang yang budiman setelah terlibat dalam kemalangan, memang bukan perkara yang mudah.

Seorang pengguna Facebook dengan nama Nan Naz berkongsi kisah tentang rakan sekerjanya yang ditakdirkan terlibat dalam kemalangan kecil dengan seorang lelaki yang berbeza bangsa dengannya.

Nan Naz/Facebook

Walau bagaimanapun, menerusi kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook, Nan Naz menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku disebabkan oleh rakannya sendiri.

Namun, lelaki yang dilanggarnya itu menolak untuk membuat laporan polis, membawa rakannya ke klinik, membayar kos rawatan, malah tidak mahu wang untuk membayar kerosakan keretanya.

Nan Naz/Facebook

Menerusi kiriman yang dimuat naik di laman kumpulan Facebook Update & Info itu, Nan Naz menulis,

“Kisah hari ini, rakan sekerja saya tanpa sengaja terlanggar kereta seorang lelaki berbangsa Cina ini dan memang jelas pelanggaran berlaku disebabkan oleh rakan saya. Tetapi, apa yang membuatkan saya begitu hormat dengannya adalah sifat lelaki itu yang langsung tidak marah, malah membawa rakan saya ke klinik dan menanggung kos rawatan serta menghantar rakan saya pulang ke rumah. Dia juga langsung tidak mahu menerima wang ganti rugi kerosakan keretanya dan tidak perlu membuat laporan polis. Katanya tidak mengapa kerana dia boleh membaikinya sendiri. Katanya lagi, rakan saya sudah mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri dan dia juga mengucapkan Selamat Hari Raya. Saya sungguh terharu.”

Nan Naz/Facebook

Ternyata, kiriman yang membuatkan orang ramai turut berasa terharu ini telah mendapat perhatian ramai pengguna Facebook. Sehingga kini, kiriman itu telah mendapat lebih daripada 6,500 sukaan dan lebih daripada 1,000 kongsian.

Nan Naz/Facebook

Nan Naz/Facebook

Pengguna Facebook yang lain turut meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa rakyat Malaysia harus menunjukkan lebih banyak semangat sebegini, dan kita pasti akan berada di tempat yang lebih baik sebagai rakyat jika kita hanya menunjukkan sedikit belas kasihan sesama sendiri.

Sumber: World of BuzzNan Naz|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular