Wakil Ratu Cantik dari Malaysia, Mahisri Mahi dinobatkan sebagai pemenang gelaran Mrs Asia Pacific Tourism 2019 dalam pertandingan ratu cantik Mrs Asia Pacific 2019. Pertandingan Mrs Asia Pacific peringkat antarabangsa berlangsung pada 18 Mei 2019 di Forest City Grand Ballroom, Johor Bahru, Malaysia.

MKU Malaysia Kalai Ulagam/Facebook

Wakil peserta berstatus puan dari 28 buah negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan Ratu Cantik Mrs Asia Pacific peringkat antarabangsa. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori gelaran Mrs Asia Pacific 2019 :

  • Mrs Asia Pacific Global 2019- Avon (Filipina)
  • Mrs Asia Pacific All Nation 2019- Marinel (Singapura)
  • Mrs Asia Pacific Tourism 2019 – Mahisri Mahi (Malaysia)
  • Mrs Asia Pacific Intercontinental 2019- Latt Latt (Myanmar)
  • Mrs Asia Pacific Cosmopolitan 2019 – Olga (Rusia)

MKU Malaysia Kalai Ulagam/Facebook

Mengulas kemenangan tersebut, Mahisri Mahi, jurutera IT dan pelajar Universiti Teknologi Malaysia berusia 28 tahun yang juga ibu kepada seorang anak perempuan berkata, “Ketika pertandingan semakin dekat, saya berasa kurang dan semakin kurang bersedia. Kebanyakan peserta sama-sama hebat dan mengagumkan serta lebih berpengalaman. Mereka seperti adik dan kakak saya di sepanjang pertandingan berlangsung, dengan kami saling membantu dan membimbing satu sama lain.”

MKU Malaysia Kalai Ulagam/Facebook

Menurut Mahisri lagi, “Ingatan paling jelas semasa pertandingan ini berlangsung ialah apabila berada di peringkat akhir, saya berasa gugup semasa sesi soal jawab soalan tetapi berasa bagai tidak percaya apabila benar-benar dapat menjawab kesemua soalan hakim secara spontan.”

Kelebihan tersebut telah menobatkan Mahisri Mahi sebagai pemenang Mrs Asia Pacific Tourism 2019.

MKU Malaysia Kalai Ulagam/Facebook

Tambah ratu cantik ini, keluarga menjadi tonggak kekuatannya sejak dari awal hingga ke akhir pertandingan itu berlangsung, di samping rakan-rakan dan pihak penaja. Beliau melahirkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepadanya.

Sebagai pemenang Mrs Asia Pacific Tourism 2019, Mahisri berkata beliau ingin mendekati dan membantu lebih ramai wanita dengan memberi motivasi dan bimbingan kepada mereka terutamanya golongan ibu tunggal ke arah saluran yang betul.

Sumber : MKU Malaysia Kalai Ulagam/Facebook , Mrs Malaysia Global Universe/Asia Pacific/Worldwide/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular