Lelaki yang tiba dengan pesawat di tengah-tengah hutan hujan Amazon mempunyai agenda sendiri. Kerajaan Ecuador telah menghantar mereka untuk bertemu dengan orang asli Waorani dari Wilayah Pastaza. Mereka bertemu, merakam beberapa video, dan membincangkan sesuatu. Beberapa jam kemudian, lelaki itu meninggalkan kawasan tersebut.

Orang asli Waorani tidak tahu tujuan sebenar kunjungan lelaki tersebut. Mereka tidak menyedari perkara yang dahsyat baru sahaja berlaku semasa pertukaran: mereka baru saja menandatangani penyerahan tanah mereka.

Namun, puak orang asli Waorani tidak berdiam diri. Mereka menentang tindakan penipuan kerajaan di mahkamah; dan baru-baru ini pada bulan April, suku kaum itu memenangi tuntutan mereka terhadap skandal rasuah kerajaan dan syarikat besar minyak. Kemenangan ini sekali gus menetapkan hak milik tanah orang pribumi di Amazon.

Amazon adalah ‘rumah’ bagi suku kaum Waorani sejak beberapa generasi. Apabila rantau itu terjejas oleh beberapa syarikat besar minyak yang berharap dapat mengeksploitasi rizab minyak bawah tanah, pertempuran undang-undang yang panjang berlaku.

©Getty Images|RODRIGO BUENDIA

Bulan lalu, tiga panel hakim dari Mahkamah Wilayah Pastaza memihak kepada Waorani, membongkar proses perundingan kerajaan Ecuador yang bermula pada tahun 2012 yang telah merundingkan penjualan tanah kosong yang tidak sah.

Suku kaum itu mendakwa bahawa kerajaan telah melakukan penipuan yang memihak kepada syarikat-syarikat minyak untuk tujuan kepentingan mereka sendiri. Sesetengah orang percaya (walaupun tanpa apa-apa bukti) bahawa amalan rasuah daalam kerajaan memainkan peranan dalam perundingan itu dan pegawai kerajaan dikatakan dengan mudah menerima rasuah.

Para hakim memerintahkan kerajaan untuk melakukan semula proses perundingan dengan menerapkan piawaian yang ditetapkan oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Inter-Amerika sebelum penjualan yang berkaitan dengan pengambilan sumber bawah tanah. Ini akan mengambil kira kesan alam sekitar dan kebudayaan yang akan memberi kesan kepada suku kaum yang menghuni kawasan tersebut.

Tindakan undang-undang sedemikian amat penting bagi suku kaum asli di hutan hujan Ecuador, dan mungkin di luar sempadan mereka. Keputusan ini memastikan perlindungan untuk setengah juta hektar wilayah nenek moyang Waorani dari kerja-kerja perlombongan atau penggerudian tanah, dan ia juga menghalang potensi lelongan tanah seluas 7 juta hektar lagi kepada tawaran minyak di 16 blok minyak.

Perbuatan ini menyokong perlembagaan Ecuador, yang menjamin hak-hak orang asli di tanah nenek moyang mereka, dan jaminan mereka untuk mendapatkan penghakiman bebas.

“Kerajaan cuba menjual tanah kami kepada syarikat minyak tanpa izin kami. Hutan hujan kami adalah kehidupan kami, “kata Nemonte Nenquimo, plaintif tuntutan mahkamah dan presiden Pertubuhan Waorani Pastaza.

“Kami mempunyai hak untuk memutuskan apa yang berlaku di tanah kami. Kami tidak akan menjual hutan hujan kepada syarikat minyak. Hari ini, mahkamah mengiktiraf bahawa rakyat Waorani, dan semua orang asal mempunyai hak atas wilayah kami yang mesti dihormati. Minat kerajaan dalam industri minyak tidak lebih berharga daripada hak kami, hutan kami, kehidupan kami, ” akhirinya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular