TOKYO – Syarikat Jepun, Panasonic mengumumkan pada hari Khamis, 23 Mei bahawa mereka telah menggantung perniagaan dengan Huawei selepas pengharaman Amerika Syarikat terhadap firma China atas sebab ketakutan keselamatan, dan ini menjadi satu lagi tamparan baru buat gergasi telekomunikasi tersebut.

“Pihak kami telah menghentikan semua transaksi perniagaan dengan Huawei dan 68 syarikat kumpulannya, yang tertakluk kepada larangan kerajaan Amerika Syarikat,” kata jurucakap Panasonic Joe Flynn kepada AFP.

REUTERS/Kim Kyung-Hoon/Gambar Hiasan

“Semalam arahan dalaman untuk menguatkuasakan sepenuhnya peraturan itu dikeluarkan,” katanya sambil mengulas perniagaan Panasonic dengan Huawei melibatkan bekalan “bahagian elektronik”.

Syarikat Panasonic yang berpangkalan di Osaka, Jepun tidak mempunyai tapak pengeluaran utama untuk komponen di Amerika Syarikat, tetapi mereka mengatakan larangan itu dikuatkuasakan untuk barangan yang mempunyai 25 peratus atau lebih teknologi atau bahan yang berasal dari Amerika Syarikat.

Panasonic yang membuat pelbagai peranti untuk telefon pintar, kereta dan peralatan automasi kilang, enggan memberi ulasan lanjut mengenai komponen mana yang tertakluk kepada larangan dan di mana ia dihasilkan.

Yahoo Finance / Gambar Hiasan

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat menyekat Huawei daripada membeli barangan dan teknologi dari Amerika Syarikat pada minggu lalu dengan mengatakan firma dari China itu terlibat dalam kegiatan yang bertentangan dengan keselamatan negara, setelah Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif.

Amerika Syarikat memperlahankan rentak sekatan ke atas Huawei buat sementara waktu pada hari Isnin, untuk mengurangkan gangguan kepada para pelanggan di seluruh dunia.

Sumber : Channel News Asia

Maybe you're interested :

Share

Video Popular