YUNAN – Sebuah pemetik api secara tiba-tiba meletup mengenai muka seorang pelayan restoran Haidilao, ketika mangsa cuba mengeluarkan pemetik api berkenaan daripada periuk yang mendidih. Kejadian pada 15 Mei itu berlaku selepas pemetik api itu terjatuh ke dalam periuk terbabit oleh seorang pelanggan.

Berdasarkan rakaman CCTV, pelayan terbabit cuba untuk mengambil pemetik api berkenaan di dalam periuk sup minyak cili yang sedang mendidih. Belum sempat mangsa mengambil pemetik api itu, ia kemudiannya meletup di dalam periuk menyebabkan sup di dalamnya terpercik keluar.

Berikut merupakan rakaman CCTV insiden tersebut:


Muka dan bahagian atas badan mangsa difahamkan melecur dan dia segera digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Semasa insiden itu berlaku, pelanggan sempat mengelakkan diri dan hanya mengalami luka ringan ekoran terkena sup tersebut.

Ditanya sama ada Haidilao akan mengambil tindakan ke atas pelanggan yang menjatuhkan pemetik api berkenaan, wakilnya menjelaskan bahawa buat masa ini mereka hanya mampu menumpukan kepada kesihatan kedua-dua pekerja dan pelanggannya.

Diharapkan agar mangsa akan segera pulih dan semoga insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. Untuk anda di luar sana yang ingin menikmati makanan panas dan mendidih, pastikan anda berhati-hati dan jangan cuai ya!

Sumber: Shanghaiist

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular