Tahukah anda, cucu mewarisi gen dari nenek sebelah ibu mereka? Walaupun cucu dan nenek tidak selalu menghabiskan masa bersama namun ikatan antara mereka memang tidak akan hilang. Ini kerana cucu mewarisi DNA nenek, sifat, cita rasa dan emosi nenek juga.

Seorang penulis esei dari Chile, Alejandro Jodorowsky telah menulis sebuah buku bertajuk Metagenealogy: Self-Discovery Through Psychomagic and the Family Tree berkenaan pengaruh genetik nenek sebelah ibu pada cucu-cucu kerana gen dapat diwarisi secara terus daripada nenek kepada cucu.

DroidsRugly / reddit

Menurut Alejandro, gen yang diterima oleh anak-anak di dalam rahim ibu mereka datang terus daripada nenek mereka. Di antara semua datuk, nenek dan saudara-mara, neneklah yang bertanggungjawab dalam perwarisan gen.

Perasan atau tidak, kanak-kanak kelihatan seperti mak cik, pak cik, datuk dan nenek lebih dari ibu bapa mereka sendiri.

CurtisMark / reddit

Kanak-kanak mungkin tidak kelihatan sama seperti nenek mereka, tetapi akan mempunyai tanda yang hampir sama seperti tahi lalat, senyuman, warna mata, cara mereka bergerak dan berjalan. Selain itu, kadang-kadang kanak-kanak juga mewarisi struktur tulang, otot atau pun penyakit genetik dari datuk dan nenek mereka.

dittidot / reddit

25% DNA kita berasal dari datuk dan nenek. Para saintis dari University of Cambridge telah menerbitkan kajian tentang ikatan antara nenek sebelah ibu dan cucu mereka.

Menurut kajian tersebut, hubungan ini berlaku kerana kromosom X. Nenek mewariskan 25% kromosom X mereka kepada semua cucu mereka yang membolehkan cucu mewarisi gennya.

Nenek sebelah ayah hanya menyebarkan kromosom X mereka kepada cucu perempuan tetapi bukan kepada cucu lelaki. Disebabkan itu cucu perempuan lebih rapat dengan nenek berbanding cucu lelaki.

Namun usah bimbang, hubungan antara cucu lelaki dan nenek tetap boleh menjadi rapat dengan cara saling berhubung sama ada melalui panggilan telefon atau ziarah.

MrsNeverNude / reddit

Menurut Alejandro lagi, anak-anak juga mewarisi pengalaman emosi nenek sebelah ibu mereka. Emosi yang dirasakan oleh nenek ketika dia hamil dahulu boleh disampaikan kepada cucu masa depannya, kerana maklumat ini boleh direkodkan dan kekal dalam DNA walaupun ia melangkah satu generasi.

elderkate / reddit

Pernahkah anda perasan sebarang persamaan antara anda dan nenek sebelah ibu anda? Atau mungkin anak anda kelihatan seperti ibu anda?

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular