Anjing sudah lama hidup dan bekerja bersama manusia dalam pelbagai peranan sehingga diberi nama julukan “teman terbaik manusia”.

Sungguhpun anjing berketurunan daripada serigala dan dikelaskan sebagai karnivor, anjing juga banyak digambarkan dalam penulisan ilmiah dan lain-lain sebagai haiwan omnivor.

Anjing boleh menyesuaikan diri terhadap pilihan pemakanan yang luas, dan tidak bergantung pada protein tertentu pada daging atau paras protein yang amat tinggi untuk memenuhi keperluan pemakanan asasnya. Walau bagaimanapun, banyak makanan manusia yang tidak sesuai untuk anjing.

Tetapi nampaknya anjing comel yang berkaki pendek ini begitu menyukai ayam goreng. Anjing comel ini dilihat oleh seorang netizen di China sedang duduk dalam posisi yang lucu sambil merenung ke arah sebuah gerai yang menjual ayam goreng.

TEEPR

Anjing comel itu dikatakan tidak mahu beredar daripada situ sambil matanya yang sepet merenung ayam goreng yang dijual gerai tersebut.

TEEPR

Posisi duduknya yang begitu comel telah menarik perhatian ramai pengguna internet dan gambarnya telah menjadi tular.

Lihatlah wajah comel anjing ini apabila berpaling ke arah kamera dengan matanya yang hampir tertutup.

TEEPR

Mungkin anjing comel itu dalam kelaparan dan begitu mengidamkan ayam goreng yang berada di hadapannya. Walau bagaimanapun, beberapa orang netizen mengingatkan bahawa anjing tidak sesuai untuk makan makanan berminyak seperti ayam goreng dan postur duduknya itu sangat bahaya kepada tulang belakangnya.

Sumber: TEEPR

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular