Haiwan peliharaan memang banyak ragamnya. Setiap masa ada sahaja perkara yang dilakukan mereka sehingga kita adakalanya tidak boleh mengawal mereka.

Kita hanya mampu melihat dan menggelengkan kepala dengan telatah mereka. Banyak perkara lucu dan bersahaja yang mereka lakukan sehingga membuatkan kita tertawa sendiri.

Contohnya seperti anjing di dalam video ini. Anjing itu meletakkan mainan sebagai tanda permohonan maaf selepas membuatkan tuan kecilnya menangis.

Semua bermula apabila tuannya telah meletakkan beberapa mainan kecil buat bayinya yang sedang berbaring di atas katil bayi. Si kecil itu nampak gembira dengan mainan tersebut.

Namun, tidak lama selepas itu muncul anjing peliharaan mereka dan mula mengambil mainan tersebut. Melihat mainannya diambil anjingnya, si kecil itu terus menangis sehingga membuatkan anjing itu rasa serba salah.

Anjing itu berpaling dan mula sedar bahawa ia telah tersalah mengambil mainan dan menyebabkan tuan kecilnya menangis. Anjing tersebut kemudiannya memulangkan semula mainan tersebut kepada bayi itu.

Bukan itu sahaja, anjing itu bahkan telah mengumpulkan semua mainan yang ada di dalam rumah dan memberikannya kepada tuan kecilnya itu. Lihatlah mainan yang dikumpulkan, memang banyak!

Nampaknya anjing itu memang pandai memujuk. Kalaulah cara ini digunakan untuk memujuk, sesiapa pun pasti akan cair hati dan tersentuh melihat usaha gigihnya!

Inilah gelagat video menunjukkan ‘kesalahan’ si anjing tersebut dan cara dia menebus kesalahannya:

Charlie The Dog and Family|YouTube

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular