563 pesakit yang mendapatkan rawatan pergigian di Dentality Hoddesdon, Hertfordshire, United Kingdom disarankan untuk menjalani ujian HIV ekoran penggunaan alat pencuci gigi yang tidak dibersihkan dengan betul.

BBC melaporkan bahawa beberapa pesakit terdedah dengan risiko terbabit setelah seorang doktor gigi pelatih gagal mensteril alat pencuci gigi dengan betul.

(Dentality Hoddesdon, Hertfordshire) The Sun

Surat mengenai insiden itu dihantar kepada pesakit yang menerima perkhidmatan mencuci gigi daripada seorang doktor gigi pelatih, Ekta Parikh. Alat berkenaan dilaporkan hanya dibersihkan dua kali sehari. Menurut The Sun, alat pencuci gigi ultrasonik itu sepatutnya disterilkan setiap kali selepas digunakan.

(Gambar sekadar hiasan) Superb Dental Care

Insiden tersebut didedahkan pada bulan Januari lalu selepas kaki tangan di sana menyedari akan kesan buruk pencuci gigi yang tidak disterilkan secara sempurna. Difahamkan seramai 563 orang berisiko terkena jangkitan setelah darah mereka dicemari.

“Walaupun terdapat risiko pendedahan yang sangat rendah, semua pesakit ditawarkan maklumat terperinci dan temu janji untuk ujian darah sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Dr. Vishaal Shah, seorang doktor gigi kepada BBC.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesihatan Awam England juga menegaskan bahawa risiko tersebut adalah rendah. Pegawai kesihatan dari Destality Hoddesdon juga telah menerima tindak balas daripada pesakit berkenaan ekoran amaran lewat yang dikeluarkan. “Anda menerima surat yang meminta anda untuk menjalani ujian HIV dan ia menakutkan. Mereka boleh kata risikonya rendah namun hakikatnya, mereka sendiri tidak tahu,” luah salah seorang pesakit.

(Gambar sekadar hiasan) Dental Sky

“Hakikat di mana mereka mengambil masa selama 3 bulan untuk pemberitahuan itu amat menjengkelkan. Berapa ramai lagi yang terdedah dengan jangkitan tersebut pada waktu itu?”, tambahnya lagi. Ekta sementara itu dilaporkan telah digantung bekerja di Dentality Hoddesdon setelah insiden tersebut berlaku.

Walau bagaimanapun, dia masih dibenarkan menjalani praktikal selama 18 bulan, mengikut keputusan oleh Majlis Pergigian Am pada bulan Februari. Siasatan terhadap pelanggaran kebersihan tersebut masih berterusan.

Sumber: BBCThe Sun

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular