Apabila kita bertemu individu baru ataupun orang asing buat pertama kalinya, perhatikan karakternya melalui perincian kecil yang terlihat.

Hal ini kerana, manusia lazimnya mempunyai tabiat dan personaliti tersendiri. Sedikit butiran mengenai pergerakan seseorang itu misalnya gaya atau posisi duduk mereka sebenarnya memberitahu sedikit sebanyak tentang individu berkenaan.

Ayuh lihat kelima-lima posisi duduk ini dan yang mana satu adalah anda?

A

Seorang yang kreatif walaupun jiwa sedikit keanak-anakan. Boleh bertukar banyak perkara dan aktiviti namun adalah sukar untuk fokus dalam melakukan sesuatu dalam jangka masa panjang. Orang lain sangat selesa berada dengan anda walaupun anda lebih mementingkan prinsip dan kerja terlebih dahulu.

Anda juga sering mengambil ringan masalah dan sentiasa berharap agar masalah akan selesai dengan sendirinya. Jika anda gagal, akan ada rakan yang membantu dan anda pula tidak perlulah bersusah payah.

B

Kuat berimaginasi dan berangan. Minda anda penuh dengan idea-idea novel dan semua orang lain amat menghargai ‘akal fikiran’ anda. Tidak sukakan rutin harian, tetapi amat sukakan pengembaraan dan pengalaman baharu.

Seorang yang sering membuat keputusan seperti menukar gaya rambut, bertukar kerja, berganti teman ataupun berpindah ke bandar lain. Anda tidak akan menghabiskan masa untuk mengecap bahagia.

C

Sentiasa berfikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan kerana mahu semuanya berjalan dengan lancar. Sedikit cerewet dan kehidupan anda juga agak serabut namun kekeliruan anda juga mempunyai logik tersendiri. Ini kerana, agak sukar juga untuk memberi tumpuan kepada beberapa perkara.

Apabila bercakap dengan orang lain, fikiran anda tidak menentu dan fokus kepada perbualan. Ini membuatkan orang lain beranggapan bahawa anda agak berlagak dan sukar untuk memberi perhatian terhadap apa yang sedang diperkatakan.

D

Tidak suka berbalah dan meninggikan suara mahupun bermesra berlebihan di khalayak ramai. Sangat pandai menzahirkan perasaan dan melontarkan buah fikiran.

Anda pula berjiwa tradisional dan konservatif. Apabila anda sudah selesa bergaul dengan orang lain, anda sangat serius dan bersedia untuk menghadapi cabaran.

E

Sangat tenang dan tidak suka tergesa-gesa namun agak degil serta tidak mudah mengalah selagi impian anda tidak dicapai. Sangat mementingkan imej dan keterampilan serta cuba menjadi yang terbaik.

Akan tetapi ia tidak berupaya meningkatkan tahap keyakinan anda kerana anda mudah terasa hati dan sukar menerima kritikan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular