Negara di Asia Tenggara amat terkenal dengan pantai-pantai yang cantik seperti di Boracay, Filipina dan Bali di Indonesia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa pulau yang jarang dikunjungi dengan rahsia sunggh cantik yang semakin popular dengan kunjungan pelancong.

Pengunjung bukan sahaja dapat melihat langit yang membiru tetapi keindahan pantai berwarna merah jambu ‘Pink Beach’ yang sungguh terserlah dengan pemandangan alam semula jadi yang amat menakjubkan.

Destinasi pelancongan rahsia ‘Pink Beach’ terletak di Taman Negara Komodo di Nusa Tenggara Timur, Indonesia di mana ia dinamakan sebagai salah satu dari 7 keajaiban alam semula jadi dunia pada tahun 2007, dengan tiga pulau besar Komodo, Padar dan Rinka, bersama 26 pulau yang lain.

Pulau ini kecil sahaja tetapi tujuan anda di sini, tiada lain melainkan melihat keindahan pantai merah jambu dengan air laut yang hijau membiru.

Pantai merah jambu yang indah sentiasa menanti anda di Pulau Komodo. Suasana romantik seperti dalam filem cinta akan menyentuh hati anda, yang menimbulkan perasaan cinta pandang pertama.

Cahaya biru dan merah jambu bergabung dan beransur-ansur, paluan ombak yang menghempas pantai juga berwarna merah jambu!

Sebab mengapa pantai ini mempunyai warna merah jambu yang indah, ialah kerana terdapatnya mikro organisma dikenali ‘foraminifera’ yang menghasilkan pigmen sehingga menyebabkan batu karang menjadi berwarna merah jambu di bawah cahaya matahari yang mencukupi berserta suhu yang tinggi. Apabila ia terdampar dan bertaburan di tepi pantai yang berpasir putih, serpihan kecil karang berwarna merah jambu membentuk landskap yang unik dan indah.

Di bawah sinaran matahari keemasan, kelihatan pantai merah jambu, yang diselaputi pasir berwarna merah jambu dan biru meracik, disertakan cerunan dan alunan air laut biru-hijau. Melihat pemandangan yang unik dan menakjubkan ini muncul di hadapan mata anda walaupun buat seketika pasti menyembuhkan hati. Saat yang perlu diingati dan memori itu perlu diabadikan melalui telefon pintar dan kamera. Terdapat beberapa pulau dengan tarikan pantai merah jambu di Taman Negara Komodo.

Di samping pantai pasir merah jambu, ia juga menjadi tapak menarik bagi para penyelam yang ingin melihat taman laut yang indah bersama beberapa spesies akuatik dan penyu.

Dan sesuai dengan nama pulau ini, anda akan dapat melihat biawak komodo Indonesia yang unik, terbesar dan haiwan paling berbahaya di dunia. Sesiapa sahaja pasti terpegun dengan penampilannya yang dominan.

Oleh kerana tidak banyak eksploitasi di sini, maka tidak ramai pelancong yang datang melawat kerana setiap pelancong yang datang perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Taman Negara Indonesia. Hanya menjadi tempat yang sesuai bagi mereka yang benar-benar mahu menikmati keindahan alam semula jadi dengan hati yang tulus dan murni.

Cara terbaik untuk ke Pulau Komodo adalah dengan menaiki pesawat tempatan dari Bali dan tiba di Labuan Bajo sebelum mengambil bot laju ke Komodo. Di samping itu, banyak blogger asing mencadangkan terdapat pakej penginapan kapal layar kecil yang membawa anda ke Taman Negara Komodo.

Anda bukan sahaja dapat menikmati pemandangan laut yang indah, tetapi sekiranya anda berasa letih setelah meninggalkan kapal layar tersebut, anda boleh segera kembali untuk berehat.

Bagi yang sudah bosan dengan hiruk pikuk kota, apa kata anda memperuntukkan masa dan wang dengan mengadakan lawatan ke Taman Negara Komodo untuk menyaksikan sendiri keindahan pantai merah jambu ‘Pink Beach’.

Sumber : 17 Travel

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular