Siapa sangka motosikalnya akan menjadi ‘rumah’ buat ‘makhluk’ lain selepas ditinggalkan selama seminggu. Walaupun tidak lama tetapi jangka waktu itu sudah cukup untuk seekor burung menjadikan sebuah motosikal milik seorang lelaki sebagai sarang baharunya. Lelaki tersebut dikatakan meninggalkan motosikalnya selama seminggu di tempat parkir dan dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa motosikalnya akan ‘dirampas’ dengan cara begitu.

Selepas seminggu meninggalkan motosikalnya, lelaki tersebut datang semula untuk mengambil kenderaannya itu. Namun, lain pula yang berlaku apabila dia melihat ada sebuah sarang burung di dalam bakul motosikal tersebut. Tidak cukup dengan itu, terdapat telur burung di dalam sarang tersebut seolah-olah bakul itu adalah rumah baharunya!


bc3ts

“Saya tidak menaiki motosikal saya hanya dalam seminggu tetapi inilah yang berlaku!” tulis lelaki itu.

Dia kemudian meminta nasihat dan bantuan pengguna internet untuk memberi pandangan akan apa yang perlu dilakukan kepada sarang tersebut.

“Motosikal anda sekarang adalah rumah mereka. Anda tidak mempunyai pilihan lain selain menaiki pengangkutan awam,” kata seorang pengguna internet.

Ada juga yang mengatakan, “jangan naik motosikal anda untuk sekurang-kurangnya setengah bulan. Biarkan anak-anak itu membesar dan bersayap terlebih dahulu kemudian mereka akan terbang pergi.”

Lelaki itu kemudian memutuskan untuk tidak menggunakan motosikalnya sehingga telur tersebut telah menetas.


bc3ts

“Saya akan menunggu mereka pergi supaya mereka tidak berasa terancam,” kata lelaki itu.

Sumber: bc3ts

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular