Setiap orang pasti punya majlis perkahwinan idaman. Ada orang yang telah merancangnya selama bertahun-tahun lamanya. Mereka mahu apa yang direncana tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut kehendak dan impian mereka.

Kata orang perkahwinan hanya sekali seumur hidup jadi, ramailah yang merancang untuk melakukan sehabis baik supaya kelak akan menjadi memori terindah yang akan dikongsikan kepada anak cucu.

Seperti pasangan pengantin dari Filipina ini, mereka juga nampaknya mempunyai idea dan inspirasi tersendiri mengenai majlis perkahwinan mereka. Mereka memilih konsep tradisional yang agak unik. Mengapa dikatakan unik?

Majlis perkahwinan tersebut memang unik kerana pengantin perempuan tiba dengan menggunakan perkhidmatan kereta kerbau! Ketika orang lain memilih menaiki kereta mewah yang besar wanita ini malah memilih kereta kerbau, sememangnya unik bukan?

Facebook / Tee Radio

Pengantin ini mahukan perkahwinannya seperti yang ada di dalam cerita dongeng zaman dahulu kala tatkala si puteri menaiki kereta kuda untuk ke majlis perkahwinannya sementara sang putera sedang menantinya.

Pengantin tersebut tidak mahu membazir wang untuk menyewa kenderaan mahal yang hanya digunakan untuk beberapa jam sahaja. Oleh itu, dia akhirnya memilih kereta kerbau sebagai kenderaan ke lokasi perkahwinannya.

Dia bukan sahaja boleh berjimat malah telah membuka mata ramai orang tentang tradisi masyarakat setempat yang menggunakan kerbau untuk tujuan pertanian di samping menghidupkan kisah dongengnya.

Facebook / Tee Radio

Idea geniusnya itu telah menarik perhatian ramai pengguna internet. Di Facebook sahaja video tersebut telah ditonton lebih daripada 4 juta kali!

Melihat wajah berseri pengantin bergaun putih, ditambah dengan ‘veil’ yang cantik dan kereta kerbau yang dihiasi dengan bunga itu jelas menunjukkan pengantin itu sangat gembira ketika itu.

Senyuman yang terukir menjadi saksi kebahagiaanya perkahwinan itu dan kisah dongengnya akhirnya terwujud juga!

Sumber: Tee Radio|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular