Selama ini apa yang kita tahu penawar untuk pekak ialah dengan menggunakan alat bantuan mendengar. Alat itu sekadar membantu mereka yang pekak untuk mendengar tetapi bukan untuk mengubati mereka secara total. Pesakit harus bergantung kepada alat tersebut supaya mereka boleh terus mendengar. Mungkin bagi sesetengah mereka semua itu agak sukar dan melecehkan namun ‘mimpi ngeri’ mereka itu berkemungkinan akan berakhir tidak lama lagi kerana kini sudah ada penawar untuk merawat pekak.

National Research Council, Twitter (L) / @carteblanchetv (R)

Baru-baru ini, seorang doktor dari Afrika Selatan, Profesor Mashudu Tshifularo dan pasukannya telah berjaya mempelopori pemindahan telinga tengah pesakit dengan menggunakan teknologi 3D untuk menyembuhkan masalah pekak yang dialaminya.

National Research Council, Twitter (L) / @carteblanchetv (R)

Sejak sedekad yang lalu, Profesor Tshifularo, Ketua Jabatan Otorhinolaryngology (telinga, hidung, dan tekak, kajian ENT) di Universiti Pretoria telah memberi tumpuan kepada Ph.D. nya mengenai kehilangan pendengaran konduktif sehingga dia akhirnya muncul dengan idea untuk menggunakan teknologi 3D.

Sebagai pakar ENT kulit hitam pertama di Afrika Selatan, Profesor Tshifularo dianggap antara yang terbaik di negaranya dalam bidang tersebut.

Dia menggunakan teknologi 3D untuk mencipta tulang telinga dalaman yang mungkin rosak sekaligus memulihkan pendengaran pesakit.

Pertama di dunia, prosedur ini dapat memberikan sinar harapan kepada pesakit yang kehilangan pendengaran mereka. Menurut kerajaan Afrika Selatan, orang pertama yang menerima pemindahan itu adalah seorang lelaki berusia 35 tahun yang mengalami kerosakkan dalam telinga sekaligus menjadi pekak selepas terlibat dalam kemalangan kereta.

Menggunakan teknologi 3D, Profesor Tshifularo dan pasukannya dari University of Pretoria (UP) Fakulti Kesihatan menjalankan pembedahan di hospital Akademik Steve Biko di Pretoria pada 13 Mac lalu.

Profesor Tshifularo menggantikan tulang yang rosak dengan mencipta tulang-tulang yang membentuk bahagian dalam telinga. Mereka berjaya melakukan pembedahan tersebut dalam masa satu jam setengah.

“Pesakit akan mendapat semula pendengaran mereka dengan segera tetapi memandangkan telinga mereka dibalut dan balutan hanya akan dibuka selepas dua minggu, ketika itulah mereka baru boleh merasakan perbezaannya,” kata Profesor Tshifularo lagi.

Profesor ini juga menjelaskan bahawa mereka menggunakan titanium untuk prosedur ini kerana ia adalah biocompatible.

“Kami menggunakan endoskopi untuk melakukan penggantian, jadi pemindahan itu dijangka dapat dilakukan dengan cepat dengan parut yang minimal,” tambah profesor tersebut.

Bahagian terbaik mengenai pembedahan ini ialah ia boleh dilakukan ke atas pesakit untuk semua peringkat umur, daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada orang tua.

Profesor Tshifularo sedang mencari penaja untuk membawa idea ini kepada komuniti perubatan dan menjadikannya sebagai sebuah teknologi yang mampu dinikmati oleh semua golongan.

Tonton penjelasan lanjut oleh Profesor Tshifularo dalam wawancara di bawah:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular