Baru-baru ini, seekor ‘haiwan aneh’ yang kelihatan tidak ubah seperti seekor anjing laut baka baharu menjadi topik hangat di laman Twitter.

Jika dilihat, ia bewarna kelabu keputih-putihan dan bertubuh bulat. Namun, haiwan berkenaan sebenarnya bukanlah berasal daripada keluarga mahupun baka baharu anjing laut. Sebaliknya, foto haiwan tersebut sebenarnya merupakan seekor kucing!

@yorodori|Twitter

Ya, kelihatan sahaja seperti anjing laut. Lihat sahajalah pada perutnya yang bulat dan besar tersebut. Sekali pandang, pasti kita akan fikir haiwan ini tidak syak lagi merupakan anjing laut. Ternyata anda silap!

@yorodori|Twitter

Foto ini dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @yorodori di mana dia difahamkan membela dua ekor kucing di rumah dan salah satunya merupakan kucing montel yang kelihatan seperti anjing laut ini.

Walaupun mempunyai perut yang besar, namun bentuk mukanya masih lagi tirus dan tidak pula mengembang.

@yorodori|Twitter

Walaupun kelihatan comel dan pasti anda geram melihatnya, namun kegemukan bukan sahaja memudaratkan tubuh manusia, bahkan terhadap haiwan juga.

Jadi, pastikan anda tidak terlebih memberi makan kucing anda ya! Semoga kucing ‘anjing laut’ ini sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga.

Sumber: @yorodori|Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular