Anda ingin memasak lauk daging atau ayam, tetapi malangnya daging itu masih beku. Perasaannya kadangkala agak mengecewakan tambahan sekiranya anda mahu mengejar masa.

Bukan sahaja daging beku mengambil masa yang agak lama untuk nyahbeku, malah terdapat pelbagai cara salah yang berpotensi untuk merosakkan daging tersebut contohnya seperti anda menyahbekukan daging di ketuhar gelombang.

Cara ini nampak mudah tetapi boleh menyebabkan pembahagian haba yang tidak sekata dan merangsang pembiakan kuman.

karyosmond.com/ Gambar Hiasan

Dengan 5 petua di bawah anda tidak perlu lagi risau kerana anda boleh menyahbekukan daging dengan cara yang betul, mudah dan selamat.

Petua 1: Letakkan daging bawah air mengalir

lifestyle.okezone / Gambar Hiasan

Daging yang beku akan menjadi cair dengan lebih cepat jika direndam di dalam air yang mengalir. Pastikan daging disimpan di dalam plastik pembungkus kedap udara dan air yang mengalir tidak bersuhu panas. Plastik yang bocor atau berlubang boleh menyebabkan daging tercemar dengan kuman.

Walaupun cara ini nampak seperti sukar dan lambat, tetapi ia sangat berkesan kerana hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja bergantung kepada saiz daging.

Petua tambahan : Tukarkan air rendaman daging setiap 30 minit.

Petua 2: Rendamkan daging dalam campuran air dan cuka

food-hacks / Gambar Hiasan

Cuka memang berkesan dalam membantu menyahbekukan daging. Ini kerana asid cuka boleh menurunkan suhu beku. Bukan itu sahaja, cuka juga boleh menjadikan daging lebih lembut dengan memecahkan tisu penghubung di daging.

Petua 3: Tindihkan daging dengan periuk

wonderhowto / Gambar Hiasan

Antara cara yang paling mudah dan pantas untuk menyahbekukan daging ialah dengan mengapitkan daging dengan dua periuk besi. Periuk di bahagian atas pula diisi dengan air suhu bilik.

Cara ini sangat berkesan kerana periuk besi merupakan konduktor haba yang baik. Tekanan dari periuk di bahagian atas juga menambahkan luas permukaan daging yang membantu mencepatkan kadar nyahbeku daging.

Petua tambahan: Jika anda tidak mempunyai periuk besi yang banyak, anda juga boleh menggantikan salah satu periuk dengan loyang pembakar.

Petua 4: Rendamkan bersama air bersuhu bilik

apost / Gambar Hiasan

Apabila menyahbekukan daging, pastikan anda menggunakan air yang bersuhu bilik atau sejuk. Bukan itu sahaja, penggunaan air panas juga boleh menyebabkan pembahagian haba yang tidak sekata. Contohnya, bahagian luar daging akan menjadi masak manakala bahagian dalam pula masih beku.

Petua tambahan: Elakkan dari menggunakan air panas kerana ia boleh merangsang pembiakan kuman.

Petua 5: Pindahkan daging dari peti sejuk bahagian beku ke peti sejuk bahagian ‘chiller’.

thekitchn / Gambar Hiasan

Langkah ini merupakan cara yang paling mudah tetapi mengambil masa yang lama kerana memerlukan perancangan awal. Daging beku hendaklah dipindahkan ke peti sejuk sehari sebelum daging digunakan. Elakkan dari membekukan daging buat kali kedua setelah daging dinyahbekukan.

Petua tambahan: Daging yang beku juga hendaklah diletakkan di bahagian peti sejuk ‘chiller’ yang paling bawah sekali dalam bekas yang sesuai untuk mengelakkan air daging menitik dan mencemarkan makanan lain.

Mudah sahaja caranya untuk menyahbekukan makanan tanpa merosakkan makanan anda.

Sumber : SAYS

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular