‘Terdesak’ adalah perkataan yang sesuai digunakan untuk Zoo Negara yang memerlukan lebih ramai pengunjung atau penaja bagi menampung kos operasinya. Kos untuk menjaga harimau Malaya dikatakan boleh menelan belanja RM500,000 setahun.

Harga Tiket

“RM100 sehari diperlukan untuk memberi makan harimau Malaya manakala harimau Bengal makan 10kg daging, atau bernilai RM200 sehari. Ini memakan belanja RM40,000 setiap harimau setahun, termasuk ubat mereka,” kata Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana

“Mengambil faktor perbelanjaan pekerja, kita memerlukan kira-kira RM500,000 setahun. Secara idealnya, untuk memperluaskan dan menjadikan zoo menjadi tumpuan pemerhatian harimau Asia, kita memerlukan kira-kira RM1 juta setiap tahun,” tambahnya.

Klook

Oleh itu, Zoo Negara memerlukan dana daripada penaja dan pengunjung bagi menampung kos yang tinggi untuk menjaga haiwan dan menambahbaik zoo.

“Ini juga boleh didapati melalui penajaan swasta, di mana syarikat boleh menaja satu atau lebih haiwan selagi mereka suka. Mereka juga boleh menamakan bayi yang baru lahir,” menurutnya lagi.

Menurut beliau, Geran Persekutuan 5 tahun yang berjumlah RM5 juta yang telah diterima oleh zoo itu telah tamat pada tahun 2004 lalu, dan kini zoo tersebut hanya dapat bertahan dengan menerima bantuan kerajaan yang berbentuk one-off untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan.

“Kami telah membelanjakan RM1 juta hingga RM1.2 juta sebulan untuk tiga tahun yang lalu dan kami perlu mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 pelawat untuk menampung kos tersebut.”

“Oleh kerana kami terpaksa membelanjakan semua yang diperolehi, maka pengembangan zoo sebagai kemudahan untuk pendidikan, pemuliharaan dan penyelidikan saintifik adalah amat terhad.”

Rosly juga berkata bahawa sejak tahun 2015, jumlah pelawat saban menurun sehingga ke hari ini.

Sebanyak 708,000 pelawat direkodkan melawat Zoo Negara pada tahun 2014, ketika negara China menghadiahkan kepada Malaysia sepasang ekor panda, Xing Xing dan Liang Liang.

The Star Online

“Pada 2016, kami mempunyai 435,000 pelawat sahaja dan ia jatuh ke 345,000. Tetapi angka pulih sedikit dengan 368,000 orang yang datang pada tahun lepas. Tetapi ia masih merosot secara keseluruhan.”

Pihak Zoo Negara akan bertemu dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar, yang dijangka membuka “immersion center” bagi harimau di mana sebahagian belanja akan dibiayai kementerian itu.

Pihak Zoo Negara juga akan menjemput Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anggota Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali, untuk membincangkan usaha masa panjang untuk Zoo Negara dalam mengukuhkan kemudahan pemuliharaan, pendidikan dan penyelidikan, serta memainkan peranan sebagai pemegang kepentingan dalam merangka dasar untuk pemuliharaan, zoo dan pembiakan penangkapan secara keseluruhan.

“Kami juga berharap bahawa mereka secara aktif mempromosikan zoo kami di Malaysia dan di peringkat antarabangsa kerana ia adalah lambang untuk pemuliharaan, ” akhirinya.

Sumber: News Straits Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular