Dunia alam semula jadi memang banyak rahsia dan misteri yang tidak mungkin dapat kita rungkai sampai bila-bila.

Saban hari ada sahaja penemuan baharu yang ditemui membuatkan kita kagum dengan apa yang ada di alam semula jadi tidak kira tumbuhan mahupun haiwan.

Sebuah lagi penemuan telah berlaku apabila seorang lelaki menemui sesuatu yang aneh di dinding sebuah gua.

Melihat akan ‘objek’ aneh berwarna keemasan itu membuatkannya tertanya-tanya apakah sebenarnya objek tersebut. Dia kemudian terus mendekati objek tersebut dan apa yang dilihat ialah seperti bebola emas yang telus warnanya dan di dalamnya terkandung cecair.

‘Objek’ tersebut walau bagaimanapun mempunyai sesungut kecil dan dia mula menyedari bahawa apa yang dilihatnya itu ialah sejenis serangga iaitu semut. Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah bebola emas tersebut adalah perut semut itu sendiri.

Selepas bertanya kepada penduduk tempatan, barulah dia tahu bahawa serangga tersebut ialah “semut madu.” Selain itu, bebola keemasan yang ada pada perut mereka ialah makanan yang disimpan.

Semut madu sebenarnya banyak terdapat di kawasan yang terletak di bahagian Amerika Utara. Semut ini juga dikatakan menjalankan pembahagian tugas antara mereka.

Semut akan bekerja untuk mendapatkan makanan dan ibu semut yang akan menyimpan dan mengumpul makanan tersebut.

Jika orang asli menemui semut madu ini, mereka akan memakannya terus secara langsung atau paling tidak pun mereka akan mengambil cecair yang ada pada perut semut tersebut. Hal ini kerana menurut mereka cecair tersebut boleh merawat pelbagai jenis penyakit.

Antara kandungan cecair yang ada di dalam perut semut madu ialah glukosa, fruktosa dan sukrosa. Cecair tersebut juga sebenarnya boleh memberikan nutrien yang cukup walaupun ketika mereka dalam keadaan kekurangan makanan atau air dalam tubuh mereka.

Oleh kerana semut madu mengandungi banyak gula di dalam tubuh mereka, banyak penduduk tempatan menyukai spesies ini kerana rasanya yang manis dan sedap.

Mereka akan berebut untuk mendapatkan semut madu ini sama ada untuk terus dimakan atau hanya makan abdomen semut sahaja.

Sumber: HAPPY SHARE

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona

Video Popular