Bagi penggemar spesies ikan dan amfibia unik, mereka pasti mengenali Axolotl atau sering digelar Mexican Walking Fish, Mexican Salamander atau Water Monster. Axolotl dikenali sebagai spesies amfibia yang berkeupayaan untuk pulih atau sembuh dengan sendiri ke atas kesemua anggota tubuh sekiranya terdapat kecederaan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Reddit telah menunjukkan seekor Axolotl yang dipelihara di dalam akuarium telah diberi makan secara berlebihan sehingga haiwan peliharaan ini menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen.

Axolotl sangat comel kerana apabila dia berenang dan terapung, rupanya seperti kelopak bunga berwarna merah jambu dengan matanya yang membiru.

Apabila muncungnya terbuka, Axolotl seolah tersenyum atau ketawa kepada kita!

Axolotl sebenarnya merupakan amfibia dan salah satu spesies salamander yang tidak bermetamorfosisi. Oleh itu haiwan ini mempunyai insang kekal dan hidup di kawasan akuatik seperti berudu, namun tidak bermetamorfosis ke peringkat seterusnya.

Oleh kerana Axolotl mampu memulihkan diri sendiri dengan menumbuhkan semula organ badan apabila terdapat kecederaan, haiwan ini terus menjadi bahan kajian di kalangan saintis.

Dalam kita melihat Axolotl yang comel dan terpesona dengan cara hidupnya yang unik, seorang netizen di Reddit telah berkongsi gambar Axolotl yang dipelihara bernama Hank yang obes. Hank telah diberi makan secara berlebihan oleh pemilik lamanya sehingga menyebabkan dirinya menjadi tembam bersama insang yang membengkak, tidak seperti Axolotl biasa yang berwarna merah jambu dengan berwajah comel.

Axolotl biasa nampak ceria dan comel, tetapi Hank seekor Axolotl yang gemuk dan muram seperti pak cik pertengahan usia. Pemilik barunya bertekad untuk membuat Hank menjadi kurus dan comel semula dengan memberinya diet yang baru.

Menurut pakar akuatik, Axolotl yang berusia setahun dan ke atas, hanya perlu diberi makan 3 hingga 4 kali dalam seminggu, dan tidak lebih daripada 5 sudu sehari. Kasihan Hank. Harap dia akan mendapat berat badan idealnya kembali.

Sumber : Reddit , Cocomy

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular