Susulan pentadbiran Amerika Syarikat baru-baru ini menggubal larangan eksport yang melarang syarikat Amerika Syarikat daripada menyediakan teknologi dan perkakasan kepada gergasi telekomunikasi China, Huawei.

Pengasas syarikat Huawei, Ren Zhengfei yakin bahawa syarikat itu akan terus maju.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh syarikat itu di hadapan media Jepun pada 18 Mei, Ren Zhengfei berkata, “Langkah sekatan dan pengharaman eksport hanya akan menjejaskan perniagaan Huawei dalam skala yang sedikit kerana ‘kami sebenarnya sudah meramalkan hari ini akan tiba selama bertahun-tahun’, dan kami sudah menyediakan rancangan kontingensi.”

Epoch Times

Sehari kemudian pada 19 Mei, Reuters melaporkan bahawa Google telah menggantung beberapa perniagaannya dengan Huawei, mengancam perniagaan telefon pintar dan peranti keluaran Huawei kerana semua telefon pintar menggunakan sistem operasi Android Google.

Selepas pengumuman Google, pembuat dan pengedar cip dari Amerika Syarikat iaitu Intel Corp., Qualcomm Inc., Xilinx Inc., dan Broadcom Inc. turut membuat pengumuman yang sama. Bloomberg melaporkan kesemua syarikat terbabit telah mengeluarkan arahan kepada pekerja untuk menghentikan pembekalan kepada Huawei sehingga notis lanjut diberikan.

Huawei telah mencuba mengembangkan cip dan sistem operasi sendiri untuk kesemua keluaran perantinya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi masih terdapat persoalan sama ada percubaan mereka untuk menjadi bebas sepenuhnya daripada pembekal asing akan berfungsi.

Mod sokongan dari Huawei.

Pocket Lint

Pada 15 Mei, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat menambah Huawei Technologies Co Ltd dan 70 sekutunya dalam “Daftar Entiti”, yang bermaksud syarikat ini telah disenarai hitam perdagangan dengan tidak dibenarkan memperoleh komponen dan teknologi daripada firma Amerika Syarikat kecuali sekiranya ia menerima kelulusan khas dari kerajaan Amerika Syarikat.

Terdahulu pada hari itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk melindungi rangkaian telekom Amerika Syarikat daripada “musuh-musuh asing”.

Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Wilbur Ross berkata dalam satu kenyataan bahawa Presiden Trump menyokong keputusannya untuk “menghalang teknologi Amerika Syarikat daripada digunakan oleh entiti milik asing dalam cara yang berpotensi akan melemahkan kepentingan kebangsaan Amerika Syarikat atau kepentingan dasar luar negara”.

Ren Zhengfei membuat tanggapan orang awam pertama terhadap larangan tersebut dengan memberitahu media Jepun bahawa Huawei akan “baik-baik sahaja” tanpa cip dari Qualcomm serta pembekal teknologi dari Amerika Syarikat yang lain.

Ren Zhengfei dalam kenyataannya di sidang media itu berkata,”Kami sudah bersedia untuk ini.”

Satu surat terbuka daripada Teresa He Tingbo, Presiden HiSilicon, syarikat subsidiari dan pembuat cip bagi Huawei, mengesahkan telah bertukar kepada mod kecemasan.

Menurut Teresa, “Hari ini adalah hari bersejarah dalam keputusan membuat pilihan, bahawa semua ‘tayar ganti’ yang kami sediakan akan menjadi ‘tayar yang digunakan’ buat semalaman.” katanya. Surat terbuka tersebut telah dihantar kepada semua pekerja HiSilicon pada 17 Mei, mengumumkan bahawa Huawei telah memulakan “mod sokongan”. Surat itu turut telah diedar dalam kebanyakan rangkaian media di China.

“Sejak beberapa tahun yang lalu, syarikat kami telah membuat satu hipotesis tentang senario ekstrem yang akan berlaku bahawa kami tidak akan memperolehi cip dan teknologi canggih dari Amerika Syarikat,” katanya.

Kebergantungan asing

Reuters

Tetapi Reuters melaporkan pada 19 Mei bahawa, menurut sumber terdekat ekoran kenyataan itu, Google bertindak balas terhadap sekatan dan pengharaman eksport kerajaan Amerika Syarikat dan telah menggantung “pemindahan perkakasan, perisian, dan perkhidmatan teknikal kecuali yang tersedia secara umum melalui pelesenan sumber terbuka (open source) “.

Penggantungan ini bermakna Huawei akan kehilangan akses untuk mengemas kini sistem pengendalian Android pada semua telefon pintarnya tidak lama lagi. Telefon pintar Huawei keluaran terbaru juga tidak akan dapat memasang aplikasi popular Google yang dibangunkan, termasuk Google Play Store, Gmail, dan Google Maps.

Satu sumber memberitahu Reuters bahawa Google masih membuat penilaian dan butiran terhadap penggantungan itu. Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Google mengesahkan pengguna telefon pintar Huawei sedia ada masih boleh mengguna dan memuat turun kemas kini aplikasi yang ditawar Google.

Menurut Google, “Bagi pengguna perkhidmatan Google Play serta perlindungan keselamatan Google Play Protect, mereka masih boleh kekal menggunakan perkhidmatan tersebut pada peranti Huawei dan Honor sedia ada.”

Namun begitu, untuk telefon pintar keluaran Huawei akan datang, akses kepada perkhidmatan popular termasuk Google Play Store, Gmail, Chrome dan Youtube tidak lagi tersedia. Google tidak akan mengesahkan kemas kini perisian peranti Huawei yang terbaru seperti Android 10 Q / EMUI 10.

Android Central

Huawei sebenarnya sangat bergantung kepada pembekal Amerika Syarikat. Media milik negara China Yicai Global melaporkan pada November 2018 bahawa Huawei mempunyai 92 pembekal teras, dengan 36 peratus daripadanya adalah syarikat milik Amerika Syarikat. Bahkan 40 peratus pembekal di China menggunakan teknologi Amerika Syarikat untuk pengeluaran mereka.

Penganalisis analisis strategi telefon pintar berasaskan Amerika Syarikat dari Global Wireless Practice, Linda Sui memberitahu Reuters pada 17 Mei, “Saya akan terkejut jika HiSilicon boleh membuat cip tanpa pembekal dari Amerika Syarikat.”

Sumber yang berpangkalan di China memberitahu Reuters, “Tidak ada pembekal Huawei dari Amerika Syarikat boleh digantikan oleh orang China, tidak dalam masa sekurang-kurangnya dalam beberapa tahun ini.”

Washington Post

Pemberi maklumat tersebut memberi contoh bahawa Huawei dan syarikat subsidiarinya menggunakan perisian reka bentuk cip dari Cadence Design Systems Inc. dan Synopsys Inc. berpangkalan di California yang merupakan pelopor serta peneraju teknologi pembuatan cip di peringkat pasaran global.

Penganalisis kanan dalam analisa teknologi semikonduktor dan syarikat perunding Linley Group, Mike Demler berkata kepada Reuters, “Adalah sukar untuk mengantikan perisian. Cadence dan Synopsys sudah cukup banyak menyemai sehingga ke dasar untuk apa-apa sahaja yang anda perlukan.”

Sumber : Huawei Central

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL Korporat

Video Popular